Tuesday 25 October 2011

Jawa Jaman Jali – Siri 5 – Jali Mat Jali

Siapa suruh datang Jakarta
Banyak dan macam-macam cerita yang telah aku dengar sebelum dan setelah sampai di Jakarta, terutamanya mengenai orentasi Dalam bab ini aku akan menceritakan mengenai orentasi yang pernah aku alami ketika akan bergelar mahasiswa.

Setelah kami semua berangkat ke Indonesia, setelah dilepaskan oleh keluarga dan sahabat handai di Lapangan Terbang Antarabangsa Subang, Kuala Lumpur. Perjalanan seterusnnya ialah Jakarta, destinasi kedua, sebelum kami semua dipisahkan dan dihantar ke Universitas yang terpilih, mengikut ranking atau keputusan peperiksaan UMPTN tempoh hari, itu yang dinyatakan oleh En. Kamaruzaman iaitu pegawai JPA yang menguruskan keberangkatan kami ke Indonesia. Setelah lebih kurang 2 jam 45 minit penerbangan, kami kemudiannya mendarat di Bandara (Bandaraya Udara) Sukarno-Hattta Cengkareng, Jatinegara, Jawa Barat.

En. Kamaruzaman dengan baik hati telah menyampaikan sumbangan kewangan. yang diberikan kepada semua pelajar sebagai persiapan dan keperluan di Indonesia nanti. Setiap seorang pelajar telah diberi wang saku sebanyak RM1200/= seorang. Wang ini untuk digunakan sebagai kos menbayar sewa rumah dan keperluan yang lain. Aku bersyukur kerana telah diberikan wang sebanyak itu, kerana memangnya aku tidak membawa wang sakupun sebagai persiapan, hanya sekadar cukup untuk makan beberapa hari sahaja. Begitu juga dengan kawan yang lain, kerana dari apa yang dibualkan rata-rata mereka semua bersyukur mendapat “pocket money“ tersebut.

Ketibaan kami sekitar jam 3.00 petang, disambut oleh berapa orang pegawai dari Kedutaan Malayisa di Jakarta. Terutamnya pegawai dari Bahagian Jabatan Penutut Pelajar Malaysia di Indonesia (JPMI), dan beberapa orang senior dari (Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia Indonesai (PKPMI pusat) dan cabang Jakarta. Kami semua diangkut mengunakan 3 buah bas dari Syarikat bas PT. Megah Indah. Sebuah kain rentang dari syarikat tersebut berbunyi:

“Selamat datang Mahsiswa Malaysia ke Indonesia”


berdiri megah pada sebuah bas yang kebetulan di naiki oleh aku dan kawan-kawan yang lain. Kami berangkat ke Jakarta dengan perasaan gembira, lantaran pertama kali dapat menjejakkan kaki ke Negara orang. Kedatangan kami juga telah di siarkan oleh surat kabar sore iaitu suarat kabar (Koran) Suara Pembaharuan, koran yang diterbitkan pada waktu petang. Kliping Koran tersebut telah hilang dari simpananku bersama hilangnya bahan-bahan penting yang lain semasa aku berpindah rumah dan dalam rangka membina rumah yang baru.
Masih ku ingat lagu lama ini ?

“Siapa suruh datang ke Jakarta,
sendiri tanggung sendiri rasa

Itu adalah lagu keramat yang dinyanyikan oleh para senior di Jakarta, selebihnya sudah aku lupa….lagu yang sengaja di nyanyikan oleh senior untuk menakut-nakutkan kami yang belajar di Jakarta, lagu yang menyedarkan kami akan keadaan sebenar Jakarta. Mengajar kami tentang hiru-pikuk bandaraya Jakarta
“Di Jakarta rame banget, banyak orang banyak penduduknya.. biaya tempat tinggal serba mahal, buat makan aja juga muashook mahal nya (dibandingin dengan tempatku jelas lebih murah tempatku).Begitulah bunyi nada orang yang bermastautin di Jakarta, orang daerah yang datang ke Jakarta” celoteh seorang sohabat

Siapa suruh datang Jakarta
Siapa suruh datang Jakarta
sendiri susah sendiri rasa
edoe…. sayang….
Siapa Suruh Datang Jakarta : Koes Plus)

(ini nih.. Lagu lama yang memang cocok buat orang-orang daerah yang datang ke Jakarta. *termasuk aku)

Siapa suruh datang Jakarta?

Ampun bener deh sama sumpeknya Jakarta, beeeeh macet bener dimana-mana macet ditambah lagi transportasi di Jakarta yang masih ngak karuan. Walaupun memang sudah ada transportasi bas transjakarta sekarang ini, namun masih belum bisa mengatasi masalah kemacetan Jakarta. Apa ini mungkin karena penduduk di Jakarta yang makin bertambah ya..

Siapa suruh datang Jakarta?

Dengan banyaknya penduduk, biaya hidup yang tinggi, juga lapangan pekerjaan yang makin sedikit tersebut membuat tingkat kriminalitas di Jakarta menjadi besar. Ini terjadi kepadaku, hampir saja aku kecolongan. Hal ini terjadi di dalam Bas Transjakarta yang mana memang disitu lagi rame-ramenya , ketika itu tas saya dibuka sama orang di sampingku dan aku tidak sedar. Baru sedar ketika basnya berhenti dan aku melihat tasku terbuka dengan dompet diujung resleting tas dan orang di sampingku membungkus tangannya dengan jaket. Bapak petugas transjakarta pun mengingatkanku agar di cek barangku. Begitu ku tahu dan sedar, orang yang hampir berhasil ambil dompetku itu langsung turun di halte tersebut. Kejamnya Ibukota………kata teman sekuliahku dari Semarang, Bambang Supriyanto ( peranakan Tionghoa Jawa).

Siapa suruh datang Jakarta?

Kembali kepada diriku, setiba di Jakarta, kami di bawa ke Wisma Malaysia, di daerah elit Jakarta, sebagai tempat penempatan pertama kami, sebelum dihantar ke distinasi masing-masing. Di sini bermulalah orentasi pertama kami di Indonesia, orentasi selama seminggu ini diuruskan oleh pihak Kedutaan Malaysia di Jakarta, orentasi yang mengenalkan kami dengan Indonesia, budaya dan selak belok Indonesia, serta tingkah laku masyarakat Indoensia. Bagaimana keadaan sebenar Indonesia telah di dedahkan kepada kami. Kami di bawa melawat ketempat-tempat menarik di Jakarta terutama Taman Mini Indonesia. Selepas seminggu barulah kami diagih-agihkan ke tempat masing-masing, baru aku tahu yang aku telah terpilih ke Universiti Indonesia, dan aku akan tetap menentap di Jakarta nantinya. Kerana baru ku tahu aku dipilih ke Universitas Indonesia…..salah satu universitas tersohor di Indonesia. Selamat tinggal kawan, selamat jalan semua…..teruskanlah hijrahmu…..

Siapa suruh datang Jakarta
Siapa suruh datang Jakarta
sendiri susah sendiri rasa

Ketika aku di Wisma Malaysia Jakarta aku mulai didatangi pelajar senior yang belajar di Jakarta, samada di IAIN, AIP, IKJ dan pelajar UI sendiri, yang mulai melakukan provokasi agar kami pelajar Jakarta mulai marah, jengkel dan sebal akan kelakuan mereka. Aku tidak terkecuali, suatu ketika sedang aku berehat di ajung wisma bersama beberapa kawan lelaki, yang belajar di Jakarta, di UI dan IKIP Jakarta, kami didatangi dua orang senior.

“Hey…..kamu, ganu….jangan nak tunjuk lagak, kamu ingat kamu gedebalke…..kamu budak Tanjungke…..bukan main lagi …..rambut panjang….tak macam pelajar….”, Aku dan kawan-kawan lain terkejut, Aku sedar pasti kata-kata itu di tujukan kepada aku….

“Oh nak melawan ye….kerana memang gaya aku begitu…..”, air mukaku kelihatan agak “ganas” sedikit… Lagipun aku tidak suka dengan gaya senior tersebut…

“Nanti kamu beli tissue wangi, beritahu kawan-kawan kamu yang lain…..”, arahnya lagi. Kami semua termangu-mangu. Lepas berbincang, petangnya kami semua berjalan menuju ke Pasaraya Sakinah, pasaraya yang besar di Jakarta……hanya itulah pasaraya yang kami tahu ketika itu……

Situasi sama terbayang di benakku apa yang berlaku sebelum berangkat ke Jakarta, ketika kami dikumpulkan di UPM. Arahan dan gaya begitulah yang pernah kami semua hadapi semasa satu acara orentasi yang di adakan oleh Biro Tata Negara ( BTN) di Universiti Pertanian Malayisa (sekarang Universiti Putra Malaysia) yang berlangsung awal Julai 1987. Orentasi itu berlaku bersamaan kemasukan pelajar ke UPM, pelajar baru ambilan Julai 1987.

Kira-kira jam 8.00 mlm ……………………kami diarahkan ke Dewan UPM, untuk satu majlis taklimat, itu arahan dari Pegawai JPA.

Kira-kira jam 8.50 mlm, semasa menunggu kedatangan pegawai yang memberi arahan, tiba-tiba dewan dimasuki oleh tiga orang yang tidak di kenali.

“Serahkan semua kad pengenalan kamu” bunyi arahan dari salah seorang lelaki tadi, yang berbadan agak gempal. Kami semua terperanjat dan terjadilah perbincangan antara kami, bunyi bising memenuhi dewan tersebut lantaran kami berkenalan sesama sendiri , lagipun tanpa pengawasan.

Mereka mulai merampas kad pengenalan yang ada di tangan pelajar, beberapa orang pelajar mulai bising dengan tingkah laku orang tersebut.

Selepas beberapa orang pelajar dirampas kad pengenalan mereka, salah seorang lelaki tersebut mengarahkan pelajar lain duduk di kerusi masing-masing dan diam.

“Kamu semua diam, dan duduk di kerusi masing-masing”, tegas bunyi arahan tersebut. Kami semua terpaku, kemudian lelaki tersebut mulai memarahi kami.

“Kamu semua ini bersikap kurang ajar, sudahlah tidak menghormati tetamu”, kata lelaki tersebut.

“Kamu tahu apa akibatnya, jika kad pengenalan ini kamu serahkan kepada orang yang tidak kamu kenali” marahnya lagi. Leteran-leteran berterusan, seoalah-olah kami dijadikan tempat mereka melepaskan geram dan amarah mereka. Leteran ini juga telah menyedarkan kami, siapakah mereka ini, yang datang secara tiba-tiba, dan merompak kami,serta merampas kad pengenalan sebahagia dari kami, pelajar perempuan mulai menangis. Aku dan beberapa pelajar lelaki mula berbincang sesama sendiri dan bertindak keluar dari dewan. Jesteru kami mendesak penghulu yang kami lantik bertindak, kami berbincang sesama sendiri, kami memutuskan penghulu harus bertindak mewakili kami.

“Kita lawan saja mereka tu, enak aje datang ke sini marah-marah kita semua” seorang kawan dari Kelantan bersuara.

“Ya, kita lawan” sahut yang lain.

“Nanti dulu, kita harus berbincang dengan tenang” kata Penghulu.

“Tapi, kami tidak puashati, dengan cara mereka”, sahut yang lain. Kemarahan di kalangan kami tidak terkawal lagi. Akhirnya kata putus dibuat, ….KITA LAWAN…..

Kami semua masuk kembali ke dewan. Kemudian Penghulu bersuara mewakili kami.

“Serahkan kad pengenalan kami”, desak Penghulu.

“Ya, serahkan kad pengenalan kami” sahut pelajar lelaki, sambil berdiri dan mulai mengangkat kerusi.

“Kalau kamu tidak serahkan kad pengenalan kami, kami semua akan bertindak” sahut yang lain. Hal ini menyebabkan ketiga-tiga pegawai tersebut terperanjat.

“Sabar, jangan bertindak melulu”, kata salah seorang dari mereka.

“Ya, jangan bertindak sesuka hati, kamu tidak mengenali kami”, kata pegawai tersebut.

“Kami tak kisah siapa kamu, kami tidak peduli, yang penting kembalikan kad pengenalan kami semua” celah seorang kawan yang bernama Amran.

“Ya, kembalikan kad pengenalan kawan-kawan kami, sebelum kami semua bertindak , sudahlah masuk bagai penyamun, tanpa salam dan mengenalkan diri, datang terus marah-marah”, sahutku berani.

Terjadi pertikaian antara kami dengan pegawai tersebut. Pelajar mendesak AJK yang dilantik bertindak, atau kami semua bertindak. Beberapa pelajar dari Kelantan, Johor dan Kedah mulai bertindak liar, dengan melontarkan kerusi dan buku ke arah pegawai tersebut. Kedaaan tidak terkawal lagi…..

Akhirnya pengawai tersebut mengalah, setelah melihat kedaan sudah tidak terkawal lagi. Menyerahkan kad pengenalan kami, dan bergegas keluar mengikut pintu belakang dewan.

Kami semua bersorak gembira .Kemudiannya kami semua balik ke bilik masing-masing dengan rasa gembira. Keesokannya, seorang pegawai JPA datang berjumpa kami, memberi tahu program orentasi kami akan tetap diadakan, tetapi cara dan coraknya berubah. Itupun setelah berbincang dengan kami semua. Bermulalah orentasi sebenar, kami di bahagikan kepada beberapa kumpulan, dan aku dalam kumpulan 7, diketuai oleh EN. Mazlan pensyarah UTM , kami diberi nama mengikut nama tempatan, DR Zalilah sekumpulan dengan aku, namaku ialah Durian, dan DR Zalilah dengan nama Palmolive.

Orentasi itu juga telah berubah corak, dari keganasan kepada bentuk yang lebih bersahabat, kebanyakkan lebih kepada sesi motivasi dan kecintaan kepada Negara. Itu adalah orentasi pertama yang aku hadapi. Setelah tamat orentasi tersebut, seminggu kemudian kamipun berangkat ke Jakarta
Dan bermulalah orentasi…..untuk pelajar Jakarta….

“Suruh beli tissue wangi, pun tak tahu,” marah senior IKJ

“Kamu nie sok kaya, berbelanja di Sarinah, kamu tahu hanya orang gedongan aje yang berbelanja disitu” tambahnya lagi. Kami semua terdiam buat seketika.

“Kamu ganu, kamu tahu tissue yang aku suruhnya beli harganya ngaak sampei 30sen aje, habis yang kamu beli yang mahal nie, siape suruh?” Soalnya.

“Tissu yang kau suruh beli nie, ada dijual di warung depan Wisma nie” tambahnya lagi
Belum sempat aku menjawab, tiba-tiba terdengar.

“Oh nak nak melawan ya, kamu tu belum di daftarkan sebagai mahasiswa lagi,” lontaran suara dari senior asal Kelantan semacam satu ancaman.

“Jange nok tunjuk gedebel, kawe lamo doh sini”, tambahnya lagi.

“Mung ganu, jangan dok belagak gok”, getusnya.

Kami semua terdiam, kami sedar, pihak JPMI menyerahkan kepada senior kami tentang urusan pendaftaran di universitas nantinya.

Aku hanya tersenyum pahit, dalam hati aku berfikir, “memang kamu bernasib baik, kerana kamu yang sampai dulu di Jakarta, tunggulah nanti”, getusku. Dan baru ku tahu tissue yang dimaksudkan itu seperti “tissue untuk baby”, (tissue Wispey).

Kemudian keesokkan harinya kami semua diarahkan ke Budi Kemuliaan, sebagai tempat tinggal sementara sebelum kami di bawa ke Depok. Alasannya belum ada tempat tinggal untuk kami di Depok.

Dan disinilah bermulanya seksaan berbentuk orentasi buat kami semua, buat pelajar baru di Jakarta, seramai 13 orang kesemuanya (termasuklah dua orang pelajar dari Sabah yang akan belajar di IKIP Jakarta. Bersamaku ada seramai 11 orang pelajar yang akan di daftarkan di UI nantinya. Seperti biasa majlis orentasi di mulai dengan air selamat datang, air pertama di Jakarta katanya….dan kemudiannya kami telah diberi nama mengikut gaya dan wajah muka seseorang. Kebanyakkan nama lebih kepada nama yang “mengaibkan” sesorang……..selebihnya lu pikirlah sendiri.

Biasalah orentasi seolah-olah hendak mengajar kita tentang gaya hidup di Jakarta, dan yang penting kerjasama antara sesama mahasiswa di tempat orang (biar kompak katanya) hehehehehhheeeeee…

Yang penting kompak deh…….
Siapa suruh datang Jakarta
Siapa suruh datang Jakarta
sendiri susah sendiri rasa

Buat yang yang baru datang ke Jakarta,
  1. tentukan tujuan (mau apa ke Jakarta, berapa lama, tinggal di mana, dan sebagainya) juga persiapkan fizikal, mental, dan “MONEY” alias DUIT!! Kalau tidak, ngak usah ke Jakarta …..
  2. Hati-hati dengan barang yang dibawa masing-masing.
  3. Jangan pakai perhiasan, pakaian atau aksesoris berlebihan yang “mengundang” jelingan mata sang pencuri.
  4. Kalau bawa tas, jangan diselempang ke belakang atau ke samping. Kalau bisa terlihat dari pandangan mata kita.
  5. Kalau tidak ada yang mengantar atau tidak ada kendaraan pribadi, naik bus transjakarta bisa jadi alternatif pilihan, tapi jangan sampai tersasar. Cari rute bus yang sesuai dan berada di rute mana yang sesuai dengan arah tujuan.
  6. Sedia kompas, maksud saya peta, supaya ngak nyasar ya..
Itu antara pesan-pesan teman sekuliahku ….. Orentasi seterusnya adalah di universitas tapi di universitas aku tidak terlibat kerana urusan pendaftaran kami telah terlambat dua minggu, dan orentasi di jurusan masing-masing, mengikut jurusan apa yang kita masuk, ianya berbeza, dan sebenarnya aku telah siap mental dan fizikal. Kerana telah melalui beberapa kali orentasi. Seperti kata2 dari mas FertobHades "Jakarta memang buat mereka yang ingin “bergelut” dengannya. Dan siapapun yang “bergelut” dengan Jakarta membutuhkan kekuatan ekstra untuk menghadapinya. Jakarta masih tetap jadi magnet walaupun menyiksa orang yang ditarik oleh kekuatan magnetnya." Siapa suruh datang Jakarta?
Jali Mat Jali, 24 Okt 2011.

No comments:

Post a Comment