Java mengamit aku
Kisah kehidupan aku di Jawa bermula dengan permohanan aku untuk berlajar di Indonesia, setelah tamatnya peperiksaan STPM 1985, ini lantaran hanya aku sahaja yang tertinggal di kampung berbanding rakan-rakan sekelas aku yang lain. Sekolah Menengah Padang Midin merupakan sekolah aku yang terakhir, dan di situlah aku belajar di tingkat enam, pemohonan aku untuk ke universiti tempatan tidak berjaya, sedangkan kawan-kawan sekelasku telah mendaftar diri di universiti tempatan, dan tinggallah aku dalam dilemma, hendak kemanakah aku, kenapa hanya aku sahaja yang tinggal……pertanyaan itu bermain dalam pikiranku…..
Sedangkan keputusan peperiksaan STPM aku lebih baik berbanding keputusan SPM yang pernah aku hadapi…..mungkin rezeki aku di tempat lain. Itulah yang terjadi setelah terbaca iklan di suratkabar dan terpandang iklan TV yang mengalakkan pelajar yang tidak berjaya menyambung pelajaran ke universiti tempatan agar memohon belajar ke Indonesia. Lantas tanpa menoleh ke belakang aku menghantar pemohonan ke Jabatan Perkhimatan Awan, bahagian pendidikan untuk meneruskan pelajaranku. Hasil dari permohonan tersebut aku telah di panggil untuk satu temuduga oleh JPA, bertempat di bangunan PERKIM, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.
Dari kampungku, aku berangkat ke Kuala Lumpur dengan menaiki bas ekspres, lebih kurang jam 10.00 malam dan sampai waktu pagi, subuh hari…….di Hentian Putra, kemudian berjalan ke Chow Kit, bersama abangku, kerana aku ke Kuala Lumpur bersama abangku, yang sudah biasa dengan suasana Kuala Lumpur, dan selok belok jalan di Kuala Lumpur. Lupa nak beritahu abangku merupakan pemandu teksi. Aku mandi dan bersembahyang subuh di Masjid Jamek (Masjid Pakistan) di Jalan belakang Pasar Chow Kit, selepas bersarapan pagi aku dan abang bergegas ke Wisma PERKIM untuk menghadari temuduga, yang bermula pukul 8.00 pagi. Terperanjat juga aku kerana yang hadir untuk temuduga itu begitu ramai, lebih kurang 200 orang.
Berbisik hatiku “apakah akan berjaya diri ini, atau akan kecundang seperti sebelumnya”.
Teringat pesan ayahku, “Kalau berbuat sesuatu kerja jangan separuh jalan, buatlah sepenuh hati, agar apa yang kita lakukan akan mendapat hasil yang lumayan”. “Seterusnya kerja Allah, samada berjaya atau tidak, setelah kita berusaha barulah kita berserah kepada Allah” katanya lagi
Aku tidak akan melepaskan peluang ini, kerana ini peluang terakhir bagiku untuk melanjutkan pelajaran, tak kiralah ke mana atau di mana, aku mesti berusaha bersunguh-sungguh pada temuduga ini.
Tak disangka temuduga yang bermula tempat jam 9.00 pagi setelah semua peserta selesai mendaftar kehadiran, kemudian disusuli dengan taklimat ringkas, semua peserta di letakkan di dalam satu dewan yang besar, kemudian di bahagikan kepada 10 kumpulan, setiap kumpulan seramai 20 orang dan kami semua disuruh bercakap semahunya, dengan diawasi oleh seorang pegawai yang berada ditengah-tengah antara kami. Sesi temuduga bermula begitu dan berakhir sekitar jam 10.30 pagi, kami dibenarkan pulang dan kami harus menunggu surat panggilan samada berjaya atau tidak.
Setelah seminggu aku berada di rumah, aku masih tertanya-tanya sama ada dapat atau tidak ke Indonesia, timbul rasa risau, gelisah kerana keputusan tidak kunjung tiba. Seperti biasa kegiatan harianku membantu keluarga menanam sayur-sayuran dan bertani, kerana sepanjang kehidupan keluargaku kegiatan utama keluarga ku adalah bertani dan berkebun. Bertani dan berkebun adalah sumber pendapatan utama keluargaku, kerana sumber dari tanah ………….berbudi kepada tanah. Keluargaku adalah petani, sebagai petanai kerjanya perlu menyaingi lahan, tanah yang perlu digembur, menabur benih dengan teliti dan memelihara tanaman sehingga memungut hasil. Sifat tanaman yang menuntut kita menjadi tekun. Falsafah bertani membuat para petani menjadi pribadi yang penuh perencanaan, penyabar dan gemar menabung. Hari berganti hari, minggu berganti minggu, akhirnya impian aku untuk menjejakkan kaki ke Indonesia akhirnya tecapai jua.
Akhir Jun- aku telah mendapat surat panggilan untuk mengikuti kursus persediaan belajar ke Indonesia, aku di tempatkan di kolej ke 8, Universiti Malaya. Selama seminggu mengikuti kursus persediaan tersebut akhirnya aku bersama 100 pelajar telah menghadapi ujian “Ujian Masuk Perguruan Tinggi Negeri (UMPTN)” yang diadakan di Kedutaan Besar Indonesia di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur. Selama 2 hari kami semua menghadapi peperiksaan tersebut dan akhirnya, aku merasa begitu bertuah, dan sebenarnya antara peserta yang sangat beruntung kerana berjaya ‘lolos’ dalam ujian UMPTN itu, dikatakan telah berhasil mendapat nilai terbaik dalam peperiksaan tersebut. Sesungguhnya sesuatu yang tidak pernah aku gambarkan sebelumnya, aku terpilih untuk melanjutkan pelajaran ke Indonesia. Keputusan itu aku ketahui setelah mendapat surat panggilan mengikuti kursus Biro Tatanegara di Universiti Pertanian Malaysia, di Serdang, Selangor. Peperiksaan Seleksi Penerimaan Mahasiswa Baru dijalankan setahun sekali pada minggu pertama Julai di Bangunan Kedutaan Besar Republik Indonesia bagi calon yang ingin memasuki Universitas selain dari universitas yang dinyatakan. Mereka yang lulus ujian ini akan ditawarkan memasuki Universitas yang telah dipilih oleh pihak Kementerian pelajaran.
Seminggu kemudian, pada awal Julai aku berserta seramai 87 orang pelajar telah di panggil oleh pihak JPA untuk mengikuti kursus yang dianjurkan oleh pihak Biro Tatanegara sebagai langkah persediaan belajar ke luar Negara. Orentasi ini terpaksa diikuti oleh kami, aku bersama kawan-kawan yang akan berangkat ke Indonesia diuji ketahanan mental dengan berbagai cara, oleh pihak Biro Tatanegara, dibahagi mengikut kumpulan,secara kebetulan aku sekumpulan dengan DR. Zalilah Manan, dan kami diberi nama tertentu. Nantilah aku akan bercerita tentang orientasi dalam bab yang lain. Setelah tamat orientasi yang dikendalikan kami dibenarkan pulang kampung, dan bersiap sedia untuk berangkat ke Indonesia.. Suasana menjadi sangat meriah dan penuh dengan kemegahan apabila apabila aku menerima surat tawaran tersebut….. Seminggu kemudian……
Pilihan untuk belajar di luar negera memiliki berbagai resiko. Mulai dari perbiayaan hinggalah perbedaan budaya. Hal ini menuntut aku untuk pandai mempelajarii kondisi yang ada. Dan memiliki cita-cita berkuliah di negeri orang, bagi sebagian orang hanya merupakan sebuah angan-angan semu yang tidak akan pernah wujud. Begitu juga aku, yang memang tidak pernah terpikir akan belajar dan dapat belajar keluar negara adalah satu mimpi. Namun, apa salahnya jika bermimpi, dan kejarlah mimpi-mimpi itu sudah tentu akan dapat kita tangkap nantinya. Berbagai pengalaman dan pelajaran baru akan aku perolehi nanti dan memasuki suatu lingkungan yang baru pula. Berbagi pengalaman dengan para pelajar di luar negera dapat menambah pengetahuan sedia ada.
Ada seorang kawan “senior” mengaku sempat stres ketika pertama kali datang ke negara tersebut. “Tiga bulan pertama saya stres karena kaget dengan semua perbedaan yang ada. Culture shock pokoknya,” kata seorang senior kepada aku, di Kedutaan Besar Malaysia, Jalan Iman Bonjol, sewaktu sempat bertemu dan berkenalan.
“Nah, bagi kamu yang memang mendapatkan kesempatan berharga ini, harus dimanfaatkan baik-baik” katanya lagi.
Menurut seniorku ini, “stres itu hal yang wajar karena memang kondisi Indonesia dan Malaysia jauh berbeda. Mulai dari iklim, budaya, serta kehidupan harian walaupun bahasanya hampir ada kesamaan. Tapi cara bercakap masing-masing sangat berbeda.”
“Stres itu wajar, tapi bagaimana kita mengatasi itu yang penting. Jangan sampai kita terpojok karena tidak bisa memotivasi diri,” ujar senior berambut kerinting ini menerangkan.
Seniorku menambahkan, culture shock dapat diatasi dengan berbagai cara. “Kalau aku sih memilih bercerita dengan teman-teman yang berasal dari Malaysia. Teman-teman ini merupakan warga ramah, berbagi dengan sesama orang Malaysia, ikatan batinnya lebih terasa,” katanya sambil tersenyum.
Selain berbagi dengan teman-teman sesama orang Malaysia, seniorku menyebutkan, sangat penting bagi mahasiswa atau pelajar Malaysia yang hendak belajar di luar negera agar mendaftarkan diri dengan Persatuan Kebangsaan Pelajar-Pelajar Malaysia di Indonesia (PKPMI). Jangan ragu-ragu untuk bergaul dan mengakrabkan diri dengan PKPMI karena nantinya akan mendatangkan manfaat bagimu. “Misalnya, saat perlu rumah sewa. Kamu tinggal menghubungi PKPMI dan mereka akan berusaha mencarikan,” kata senior yang belajar di AIAN, Jakarta itu.
Terakhir, Seniorku berpesan bagi para pelajar yang hendak menimba ilmu di negeri orang. “Kesempatan bersekolah di luar negeri itu langka (jarang), maka harus dimanfaatkan baik-baik. Serius dengan pendidikanmu agar lulus tepat waktu. Tapi, manfaatkan juga waktumu dengan menikmati budaya dan tempat wisata yang ada di negara tujuanmu,” tutur senior yang sudah berada di Jakarta selama 3 tahun.
Apapun aku sangat-sangat bersyukur, kerana hasrat ku untuk menjejakkan kaki ke menara gading akhir tercapai jua. Tak kiralah di mana, asalkan aku dapat meneruskan cita-citaku ingin mengubah nasib keluargaku, dan berjaya ke menara gading merupakan kejayaan terbesar dalam hidupku. Aku tambah beruntung lagi apabila ditawarkan melanjutkan pelajaran dengan mendapat biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) melalui Program G-to-G” iaitu program pertukaran palajar di antara kerajaan Indonesia dan kerajaan Malaysia dan aku merupakan angkatan kedua dihantar ke sana setelah program tersebut terhenti seketika, dan bermula semula mulai tahun 1986 dan seterusnnya.
Kemudian aku baru tahu bawah aku dan kawan-kawan yang akan ke Indonesia dianggap sebagai “Duta Kecil” yang akan mewakili negara, dan kami semua haruslah menjaga nama baik “Negara” ketika berada di negara orang lain, begitulah kata-kata yang diucapkan oleh pegawai dari JPA“, En Kamaruzaman, yang mewakili Kerajaan Malaysia, semasa bersama menghantar kami ketika kesempatan memberi takimat di Lapangan Terbang Antarabangsa Subang, destinasi pertama sebelumku menaiki pesawat MAS ke Jakarta.
Jali Mat Jali, 12 Oktober 2011.
No comments:
Post a Comment