Saturday, 8 October 2011

Jawa Jaman Jali – Siri 3 – Jali Mat Jali

Jakarta aku datang (Selamat datang Mat Jali)
25 Julai 1987- Lapangan Terbang Antarabanga Subang, kumpulan pelajar yang akan berangkat ke Indonesia berkumpul bersama keluarga masing-masing. Kemudian semua pelajar diberikan tiket penerbangan oleh wakil JPA, En Khairul, dan semua pelajar diarahkan beratur untuk pemeriksaan tiket penerbangan.

“Semua pelajar ke Indonesia beratur” terdengar arahan dari salah seorang pegawai JPA.

“Pastikan semua barang yang hendak di bawa tidak tertinggal, dan terus menuju ke lorong yang ditetapkan, tegas bunyi arahan itu”.

Setelah bersalaman dan berpelukkan dengan keluargaku yang menghantar, ibu dan abang berserta saudara terdekat, aku bergegas mengikut kawan-kawan yang lain, mengikut barisan yang telah tersedia. Terasa pilu menyerap segenap hati dan perasaanku, kerana akan berpisah dengan keluargaku, dan akan pergi jauh dari tanah air. Berat rasanya hendak berpisah dengan keluarga.

Teringat pesan ayahku, “kalau kita hendak maju, pergilah menyahut cabaran, carilah ilmu sebanyak mungkin untuk masa depan yang lebih baik, Jangan jadi seperti ayah, tidak berilmu, membacapun ayah tak pandai, ubahlah nasib keluarga” tegasnya. Ayahku seorang yang sangat tegas dan tak banyak bercakap.

Seramai 87 orang pelajar yang akan berangkat ke Indonesia, aku memerhati kawan sekeliling untuk mencari kawan-kawan semasa majlis orientasi yang telah diadakan oleh pihak JPA dua minggu yang lalu. Aku dapati mereka telah berada dihadapan, dan aku seorang tertinggal dibelakang, lagipun aku seorang sahaja pelajar dari Terengganu yang bertuah kali ini, yang akan berangkat ke Indonesia.

“Sekalung permata zamrud yang melingkugi khatulistiwa”

Merupakan gambaran tentang Indonesia atau nama lamanya Hindia Belanda yang diberi oleh pengarang terkenal, Multatuli, walaupun kelihatannya berlebihan dari yang sepatutnya ditulis oleh seorang penulis cerita rekaan. Sebenarnya, Hindia Belanda sekarang dikenali dengan nama Indonesia merupakan sebahagian daripada gugusan Kepuluan Melayu yang menghubungkan Australia dengan Asia, dan Lautan Pasifik dengan Lautan Hindi. Kawasan tanah daratannya meliputi seluruh gugusan kepuluan Melayu kecuali Filipina, Borneo dan Tanah Melayu, lebih kurang hampir meliputi 2 juta kilometer persegi, lebih daripada 700,000 batu persegi. Kawasan ini merentangi sejauh 5000km dari timur ke barat dan 2000 km dari utara ke selatan. Perjalanan dengan kapal dari hujung ke hujung yang lebih kurang sejauh England ke Amerika, mengambil masa 2 minggu perjalanan.

Pulau Jawa yang terletak dalam gugusan kepuluan membentuk satu jalan antara dua buah lautan dan merupakan satu jambatan antara dua benua, dan sejarahnya dari segi politik dan ekonomi, telah ditentukan oleh geografi. Selama beberapa kurun, telah memonopoli kekayaan yang menarik seluruh dunia datang mendapatkan rempah, walaupun pulau rempah sebenarnya terletak di Pulau Madura. Ini kerana Selat Melaka menjadi jalan yang paling dekat untuk membawa rempah ke Benua India dan Eropah, juga merupakan jalan laut yang paling dekat antara Cina dengan barat. Dan selat ini secara semula jadi menjadi sebagai satu pusat perdagangan dan dari sejarah awal lagi Bandar yang kaya di kedua-dua belah selat itu, Sriwijaya (Palembang), Melayu (Jambi) Melaka dan Singapura telah berganti-ganti menguasai jalan laut antara timur dan barat.

Pulau Jawa beruntung kerana kedudukannya ditengah-tengah kepulauan dan mempunyai tanah gunung berapi yang subur membolehkannya bukan saja menampung penduduk yang ramai, bahkan menampung kekurangan beras, Jawa telah menjadi jelapang padi dan menjadi pasaran barangan import. Kemudiannya merupakan saingan utama kepada Melaka dari sejarahnya, dan Tanah Melayu sehingga kini. Di sini terdapat tiga bangsa utama, orang Jawa di bahagian tengah, orang Madura dan Orang Sunda, di bahagian timur dan barat, terutama dekat Jakarta terdapat kumpulan Melayu pantai campuran iaitu orang Betawi. Keserangaman inilah mungkin menjadi slogan Indonesia hingga sekarang “Binikhe Tungga Ika’ Pulau Jawa, pulau yang mempunyai jumlah penduduk yang padat di dunia. Dengan penduduk yang berbilang bangsa dan beraneka budaya. Merupakan pulau yang paling subur daripada 5 buah pulau yang besar, dan mempunyai jumlah penduduk yang paling ramai.

Sebelum 1945, wilayah Indonesia memang dikenal sebagai Hindia Belanda, artinya India kepunyaan Belanda. Itu untuk membezakan dengan Hindia Barat atau India jajahan Inggeris. Dua nama itu murni hasil kesepakatan antara bangsa penjajah semata. Dan jauh sebelum adanya nama Hindia Belanda, kawasan kita lebih dikenal sebagai Nusantara (artinya diantara pulau-pulau). Isinya terdiri dari berbagai bangsa dan kerajaan seperti Bali, Gowa, Pajajaran, Melayu, Andalas, Pagaruyung, Mataram, Banten dan lain sebagainya.

25 Julai 1987 - Jakarta aku datang, penerbangan boeing 737 dari Subang, Kuala Lumpur mengambil masa dua jam 45 minit itu apa yang aku dengar dari suara merdu seorang wanita yang kemudianya baru aku tahu suara dari ketua pramugari, “pramugari” satu pekerjaan asing bagi aku sebagai budak kampung, walaupun aku tahu nama pramugari pernah disebut oleh guru sekolahku sewaktu di sekolah rendah dulu, tapi bagaimana pekerjaannya tidak pernah aku tahu, dan memang tidak pernah aku mahu ambil tahu, tentang pekerjaan yang janggal seperti itu. Bila penerbangan bermula, timbul perasaan semacam dalam diriku, semacam perasaan takut dan menggerunkan, bagaimana nanti bentuk perjalanan dengan kapal terbang sebesar itu, memang tidak pernah termimpi oleh seorang budak kampung yang telah dengan sengaja ataupun tidak berjaya menaiki kapal terbang yang sangat gah, bagiku.

“Hanya tuhan aje yang tahu perasaan aku ketika itu, bagai nyawa dihujung pedang, maklumlah pertama kali menaiki kapal terbang”

Memang pernah sekali aku melihat kapal terbang, bukan kapal terbang tapi helikopter yang pernah mendarat dikampungku, itupun semasa disekolah rendah, helikopter itu dengan tidak sengaja telah mendarat di kampungku, mendarat kecemasan, kerana ejinnya mengalamai kerosakkan. Maka berbondong-bondonglah penduduk kampung yang datang, ingin melihat helikopter yang sebenar, selama ini hanya dilihat dari kejauhan sahaja, ada yang datang membawa anak kecil, dan tak kira tua maupun muda,datang beramai-ramai memenuhi padang sekolah kampungku, aku turut sama, dengan tiba-tiba saja suasana kelas tidak dapat dikawal, semua murid tiba-tiba saja keluar dari kelas meluru keluar setelah terdengar bunyi yang kuat menghampiri sekolah.

“Ada helikopter jatuh………ada helikopter jatuh…..”, terdengar suara kawan-kawan sekelasku…Semua mata memandang keluar kelas…dan ada yang meluru keluar kelas untuk mendapatkan kepastian.

“Helikopter jatuh di padang sekolah……jatuh di padang sekolah…..”, bunyi semakin kuat dengan derungan ejin bercampur suara murid-murid sekolah, “Sekolah Rendah Simpang Rawai” aku juga turut meluru keluar dan berlari ke padang sekolah kerana ingin melihat helikopter sebenar……Begitulah kejadian sekali dalam kehidupanku, dapat melihat helikopter merupakan satu keajaiban dalam kehidupan budak kampung, itu helikopter……sedangkan ini kapal terbang, aku pula sebagai penumpangnya, tak termimpi dalam hidupku…..memang satu mimpi…

Lamunanku terhenti, secara tiba-tiba pabila terdengar suara yang merdu menggangu mimpiku.

“Para penumpang sila kenakan tali pinggang, kita akan melakukan penerbangan sebentar lagi, jangan tanggalkan tali pinggang anda sehingga diberitahu……agak tegas bunyinya…sambil seorang pramugari memperagakan cara-cara memakai tali pinggang dan alat kecemasan yang lain sebagai panduan kepada para penumpang yang baru pertama kali menaiki kapal terbang dan untuk yang lain……memang sudah menjadi syarat sebelum penerbang tunjuk ajar itu dilakukan dengan bantuan suara ketua pramugri.

Bismillahhirahmanirohim…….aku membacanya dalam hati kerana perasaan takut mula menerpa….jantung hatiku…..berderau darah menyirap segelap jiwaku…..terasa……..Katakutan ini lain macam rasanya….tak pernah aku merasa ketakutan seperti ini.

Tiba-tiba ejin kapalterbang berderum dan mula bergerak dan kedudukan aku juga mula berubah……terasa perit dileher….kekurangan air kali..getusku tak berani bersuara.

Kemudian keadaan menjadi stabil kembali…..aku mula membelek-belek majalah yang terdapat pada tempat duduk aku…..hebat sekali pencipta kapal terbang ini…….Aku mula memejamkan mata.. setelah aku melihat kawan disebelahku berbuat demikian

“Dik nak makan apa, lembut suaranya……..”, mimpi indahku terganggu…

Oh! Begini kah rupanya, kerja sebagai seorang pramugari……menjadi pelayan rupanya, pikirku. Melihat keadaan aku yang kebingungan, pramugari itu dengan lembut bertanya lagi…..inginkan kepastian

“Nasi Lemak atau Mie Goreng…atau Ayam….sejenis makan barat”, Ayam….entah apa namanya ….sudah aku lupa namanya….semacam bahasa perancis …sejenis makanan western……enak rasanya.

“Kopi atau teh…..”, Tanya Pramugari.

“Kopi jawabku yakin…..tambah orennya juga…..”, Pramugari itu tersenyum mengoda.

Begini rasanya makanan di atas kapal terbang , ayamnya enak sekali, tidak ada tulang, ada juga pencuci mulut, manis rasanya berwarna kekuning- kuningan, baru kali ini aku merasanya dan melihatnya…..enak sekali….menyenangkan….membuat aku lupa akn ketakutan….

Penerbangan selama 2 jam 45 minit terasa begitu lama, selepas selesai makan hidangan yang disediakan aku terus melelapkan mataku, agar dapat menghilangkan rasa takut di hati….kegerunan yang masih terasa…dan kemudiannya mulai berangsur-angsur hilang….telah menyebabkan aku dapat tidur dengan pulas sekali…aku dikejutkan dengan pengumuman, “Semua penumpang dikehendaki berada ditempat duduk, kenakan talipinggang keselamatan dan betulkan tempat duduk hingga lampu dipadamkan” begitulah penguman diberi…

“Kita akan mendarat sebentar lagi di lapangan terbang antarabangsa Sukarno-Hatta”, masih terdengar pengumuman yang dibuat oleh ketua pramugari. Kami semua mula bersiap sedia, tidak sabar rasanya, aku hendak meninggalkan kapalterbang ini, agar cepat-cepat terselamat dari perasaaan takut dalm hatiku, getus hatiku..

Dari cermin kapal terbang kami mula terlihat laut yang membiru, disebalik kelompak awan yang putih, dan kapal terbang mulai berpusing mencari posisi yang sesuai untuk melakukan pendaratan. Jauh dibawah sana terbentang laut yang luas dan kelihatan kelompok pulau-pulau yang merupakan tanah daratan Pulau Jawa dan pulau kecil sekitarnya, Kepulauan Seribu…..

Penerbangan semakin rendah dan hampir bersedia hendak mendarat……dan tiba-tiba terdengar enjin berbunyi kuat berserta dengan gegaran menandakan kapal terbang yang kami naiki telah mula mendarat di Bandara Sukarno-Hatta ataupun Bandara Cengkareng, di Tanggerang, Jawa Barat

SELAMAT DATANG KE IDONESIA…….itulah papn tanda pertama yang ku lihat…..sampai juga akhirnya ke Jakarta….bermulalah kehidupan baru…..VISIT INDONESIA YEAR 1987……

Jali Mat Jali, 8 Oktober 2011.

No comments:

Post a Comment