Friday 10 August 2012

MENJELANG SYAWAL1976: PADA SAAT MERIAH KAMI TERHARU...




BERHARI RAYA DI RANTAU ORANG: DI SAAT BAHAGIA KAMI TERHARU….
Oleh A.F.Yassin
Pertama kali takbir  Aidilfitri bergema jam 6.50 waktu setempat lewat Radio Aingapura yang kami dengar jelas di Kota Bandung. Kami bertiga terus terhenti berbuka puasa. Antara Radzi Sudin, mohd. Desa Ali dan saya sendiri terus saling berpandangan. Seolah antara kami  itu menerusi bola mata  nan hitam masing-masing  terlihat kampung yang ditinggalkan, sanak famili yang turut merayakan  lebaran di tanah air. Seolah mereka menggamit kami pulang.
Bagi Radzi, ini tahun ketiga dia merayakan  Aidilfitri di tanag seberang, sementara mohd. Desa  dan saya pertama kali. Inilah yang mengharukan. Kami terus berpandangan, kaku tidak berkata sedangkan makanan di meja tetap tidak dijamah lagi. Titik-titik air jernih  mula berkumpul di kelopak mata.

 Dan petang itu berlalunya Ramadhan yang se;ama sebulan disambut dengan puasa, memberikan jalan kepada Syawal yang datang untuk disambut penuh kegembiraan.
Begitulah kami bertiga. Ia adalah gambaran  dari lebih 80 orang  mahaiswa Malaysia  di Bandung, dan beratus-ratus lagi  di kota-kota pelajar yang lain yang menyambut kedatangan Syawal yang mulia. Bagi kami, Radio Malaysia dan Radio Singapura  menjadi “teman paling akrab” di saat-saat mengharukan ini.

 Di Pusat Pelajar Malaysia di Jalan Sulanjana malam itu kami sambut dengan kepulan  asap yang memenuhi ruang sekitaran. Sebentar kami mendengar suara riuh di kawasan belakang bangunan. Suara lelaki perempuan dengan ketawa riang. Hilaian yang sebenarnya terasa seperti dibuat-buat.
Lho! Ada orang sedang pesta, menyediakan persiapan terakhir menyambut raya. Beberapa orang sedang mengipas-ngipas untuk membakar satey, dan di satu sudut  beberapa orang mahasiswa perempuan sedang menguli tepung untuk dibikin kek.

 Radzi ditugaskan menyiapkan ketupat sedangkan Mohd. Desa mahasiswa dari Kedah itu  ditugaskan menyiapkan korma dan kari daging.Saya tidak bisa masak dan Cuma akan menolong rencam sana-sini. Yang lucunya, setelah semuanya disiapkan ialah warna ketupat yang sudah direbus. Dari beras putih sputih sabun waktu mula direbus sudah bertukar menjadi kekuningan  bila masak. Entah kenapa, mungkin kurang lama direbus daunnya namun kami kurang mengerti.
Namun ketupat tetap ketupat dan ketiga-tiga puluh biji yang kami sediakan  itu kami gantung I dapur seperti yang lazimnya dibuat orang. Sepulangnya kami dari Pusat Pelajar Malaysia , kami cuba menghabiskan waktu malam yang panjang dengan  dengan memaparkan pengalaman masing-masing di saat-saat bersama keluarga di tanah air.

 Tiga orang lagi mahasiswa datang  menziarahi kami malam itu. Mereka juga merupakan mahasiswa yang oertama kali merayakan Aidilfitri di rantau orang. Tidak pasti vila kami tidur  kerana waktu kami bangun hari sudah jauh tinggi. Kerana kesiangan demikian kami tidak dapat menunaikan sembahang  Aidilfitri seperti yang kami cita-citakan  kelmarinnya.  Juga kami tidak dapat bersama-sama menghadiri pertemuan Hari Raya antara mahasiswa-mahasiswa Malaysia di sekitar Bandung di Pusat Pelajar.
“Nonton yok!” Tiba-tiba Radzi mengesyorkan.

“Yok!” jawab kami secara bersenda. Sebabnya selama ini kami tidak terfikir untuk menonton di pagi  raya. Tidak sekali waktu lebaran di tanah air.
Akhirnya, kami menuju panggung. Ketika itu saya teringat kembali  ketika masih menjadi anak-anak dahulu bila mana pada Hari Raya pertama kami menunggu saat untuk  terus ke panggung menonton. Keluar panggung, kami melihat di sekitar kebun binatang di pekarangan luar kampus Institiut Teknologi Bandung (ITB). Ratusan ,malah ribuan manusia  sedang berasak-asak ingin masuk zoo.

 Malam pertama raya kami berkesempatan mengunjungi ibu kost yang berasal dari Padang. Wajah ibu malam itu  kelihatan riang yang sungguh luar biasa. Berbeza sekali dengan  lain-lain malam yang pernah kami temui. Namun memang beralasan untuk  ibu berwajah riang malam itu. Keenem-enam anaknya pulang semua, yang tua membawa cucunya dua orang. Semuanya dari Jakarta.
Pada hari-hari lain, ibu kost sering berseorangan. Dia hanya bertemankan  seorang pembantu rumah yang sudah tua. Ibu ibarat  sekor burung yang baru lepas darai sangkar, terbang sesuka hati, mengicap-ngicap lepas. Kami mengingatkan keluarga di tanah air lagi. Apakah ibu dan bapa serta adik-adik, isteri dan anak sedang berwajah ria seperti ibu ini tanpa kepulangan kami? Waktu itu Radio Malaysia terus-terusan memainkan lagu-lagu Aidilfiri!

(Dipetik daripada akhbar Utusan Malaysia, 6 Oktober 1976.)

No comments:

Post a Comment