“Keluarga Flores 4”
Aku mengimbau kembali kenangan dengan Bapak Drs Bakhtiar yang pernah bertugas di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sebagai Dosen Matematik. Waktu itu ramai dosen dari Indonesia yang bekerja di Malaysia, ada yang menjadi dosen di universiti dan ada juga yang menjadi guru di sekolah menengah. Malaysia menjadikan Bahasa Melayu (BM) sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah dan universiti-universiti dan bagi menampung kekurangan tenaga pengajar dalam BM, maka ramailah cerdik pandai dari Indonesia diambil bekerja di Malaysia. Ini berlaku sekitar tahun 1966 hingga 1976.
Serentak dengan itu juga pihak kerajaan melalui Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Majlis Amanah Rakyat (MARA), Petronas dan lain-lain menghantar pelajar-pelajar ke Indonesia bagi mendokong hasrat kerajaan untuk memperbanyakkan tenaga akademik dalam pelbagai bidang bagi merealisasi matlamat pengajaran dalam BM. Pada 1965, konfrontasi antara Malaysia dan Indonesia telah tamat dan kerjasama pendidikan dan kebudayaan antara kedua-dua negera dimulai.
Pertama kali aku bertemu dengan Pak Bakhtiar ialah ketika di persinggahan pertama dari Malaysia iaitu di Asrama Rawamangun. Beliau yang apabila memberi taklimat, sangat jelas dan selalu meletakkan jari telunjuknya di mulut yang mungkin bermaksud, “waspada” (alert), berhati-hati dan serius dengan persekitaran di Indonesia. Kami yang pertama kali sampai ke Jakarta dan kemudian akan berangkat ke Bandung menjadi sangat berwaspada. Pak Bakhtiar juga ialah dosen kalkulus kami di Jurusan Matematika yang berada di bawah Fakultas Matematika dan Ilmu Pengetahuan Alam (MIPA), Institut Teknologi Bandung (ITB).
Beliau dan pasukannya mengatur rumah indekost kami di Bandung dan kebetulan aku dan beberapa teman di tempatkan di rumah Bapak Drh Hasnil Basri dan Ibu Hasnil, anak-anak mereka ialah Mbak Yeni, Mbak Yosi, Yunus dan Ayi. Tinggal bersama di rumah tersebut ketika kami sampai ialah Kak Yusman (dari Bengkulu) dan lima lagi mahasiswa Indonesia yang saya sudah tidak ingat nama-nama mereka lagi. Mahasiswa Malaysia yang tinggal bersama saya ketika itu ialah Nordin Garif, Muhammad Abdullah, Jamil Basha Adlan, dan Ahmad Sobri Hashim. Jamil dan Ahmad Sobri tinggal bersama saya dalam satu bilik. Sebelum bersara pada tahun 2004, Ahmad Sobri Hashim bergelar Dato Dr Ahmad Sobri Hashim, Mantan Pengarah Malaysian Institute of Nuclear Technology (MINT), Bangi.
Mbak Yeni berkahwin dengan Kapten Mohd Tahir seorang tentera dalam Angkatan Bersenjata Republik Indonesia (ABRI) tinggal di Cimahi, mereka mempunyai anak bernama Deni dan adik perempuannya (lupa namanya). Setiap hujung minggu mereka pasti akan berkunjung ke rumah ibu dan ayah yang ketika itu sudah berumur sekitar 50 tahun. Kami rata-rata berumur sekitar 22 tahun ketika itu. Riuh rendah rumah dibuatnya dengan gelagat Deni dan adiknya.
Mbak Yosi tinggal di Jakarta dan jarang pulang. Yunus kuliah di salah sebuah universiti di Bandung dan Ayi ketika itu masih di Sekolah Menengah Atas (SMA). Rumah Jalan Flores No. 4 itu cukup besar, sebuah rumah peninggalan Belanda yang kukuh. Saya amati Bapak dan Ibu Hasnil seperti mempunyai keturunan Belanda dari kulitnya yang putih dan mukanya seperti orang Barat. Anak-anak mereka juga cantik-cantik belaka akibat dari perkahwinan campuran itu.
Kalau Mbak Yeni dan Mbak Yosi hadir ke Jalan Flores No. 4 hatiku antara malu dan gembira. Malu kerana aku selalu memerhatikan wajah mereka yang ayu dan gembira kalau ramai hadir ke rumah induk ini dan kami biasanya makan-makan sambil ngobrol ujung munggu. Waktu itu belum tahu istilah wakuncar. Namun dari wajah-wajah yang aku pandang di sekeliling rata-rata wanita di Bandung cantik-cantik. Apakah kerana ini Bandung terkenal sebagai Kota Kembang? Atau kerana banyak bunga yang cantik-cantik membuat Bandung terkenal begitu, atau juga kedua-duanya sekali. Yang sangat jelas ketika itu ialah cuaca di Bandung dingin sehingga tidak memerlukan penghawa dingin atau kipas di kamar.
Ketika minum petang Pak Hasnil selalu menyampai pesan kepada kami agar hati-hati ke kuliah atau ke mana saja di Bandung. Pesanannya tepat kerana kami belum begitu faham jalan-jalan di Bandung dan belum tahu sifat manusia sekeliling. Ada ketika beliau menceritakan kesukaran hidup zaman Belanda dan Jepun. Ketika makan malam kami kumpul penuh dan menggunakan waktu itu untuk berbual seketika kerana harus segera masuk kamar untuk menyiapkan pekerjaan rumah (PR), ketika itu kami jarang sekali menonton TV dan kami hampir melupakan TV sama sekali.
Keluarga yang berasal dari Bengkulu itu hidup aman dan damai. Mahasiswa dari Malaysia menepati dua kamar di depan dan mahasiswa dari Indonesia menepati kamar-kamar tambahan di sebelah belakang berhampiran dengan kamar mandi.
Pak Hasnil selalu mengajak aku solat berjamaah suboh di Mesjid Istiqomah Cihapit yang agak dekat dengan Jalan Flores 4. Setelah beberapa kali aku mula memahami jalan ke mesjid Istiqomah dan mula pergi sendiri. Selepas suboh biasanya aku pulang dulu ke rumah kerana subuh di Bandung waktunya sekitar jam 4.30 pagi dan pada hari-hari kuliah bersiap-siap untuk ke kuliah selepas sarapan. Pada hari Ahad kami akan ke kuliah suboh yang biasanya diadakan sekitar jam 7.30 pagi. Selalunya aku memilih untuk pergi ke mana-mana bersendirian kerana dalam bersendirian itu aku boleh mengamati jalan-jalan dan pemandangan di sekitarnya. Juga tertarik sekali melihat gelagat manusia dengan berbagai ragam hidup mereka.
Aku mula berangan-angan ke Indonesia ketika aku mencuri-curi dengar pidato Bung Karno melalui radio ketika aku di Tingkatan Satu di Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR), Ipoh. Itu berlaku sekitar tahun 1962 hingga 1965. Aku diajar dalam Kelab Elektronik, dengan hanya menggunakan “diode”, antenna tinggi dan alat pendengaran yg ditekap ke telinga kita akan dapat mendengar siaran radio. Aku sebagai penghuni Rumah Hitam (Black House) ketika pulang dari “prep” selalu mendengar pidato Bung Karno yang menyeru rakyatnya mengganyang Malaysia dan suaranya yang bergetar berkarisma membuat aku terus mendengar dengan penuh minat. Diiringi dengan tepuk sorak bergemuruh dari hadirin membuat hatiku bertambah ingin tahu tentang Negara jiran itu.
Sesi “curi” dengar radio tidak boleh berlangsung lama kerana “prefect” yang meronda akan memeriksa bilik dan kami mesti padam lampu bilik sebelum jam 11.00 malam. Biasanya sesi sembang dalam kelambu dengan teman-teman berlanjutan walau pun lampu dipadam, sementara menunggu mata terlelap kami akan bercerita macam-macam, kadang-kadang diiringi dengan ketawa, pasti lepas itu akan kedengaran herdikan “prefect” bilik meminta kami segera diam dan tidur.
Kemerdekaan Malaysia yang menggabungkan Tanah Melayu, Sabah, Serawak dan Singapura pada 16 September 1963 membuat Bung Karno tidak selesa dan terus melancarkan konfrontasi terhadap Malaysia. Saya masih ingat peristiwa di ladang nenas di Labis pada tahun 1964, Indonesia menerjunkan Leftenan Muda Sutikno dan 40 orang komando menyerang Tanah Melayu dalam rangka konfrantasi itu. Hanya Leftenan Sutikno saja yang berhasil ditangkap hidup-hidup, yang lain telah terkorban dalam peristiwa itu. Ketika itu Menteri Dalam Negeri ialah Tun Dr Ismail Abdul Rahman. Tahun 1965, angkara Parti Komunis Indonesia (PKI), General Suharto berjaya mengambilalih pemerintahan Indonesia dan menjadi Presiden Kedua Indonesia.
Lamunanku ke STAR dan ke masa-masa lalu tersentak ketiga Ibu Hasnil memanggilku untuk makan malam.
“Baik Bu.” Jawabku pendek.
Kemudian kami semua keluar untuk makan malam di ruang makan. Selesai makan masing-masing masuk ke bilik semula untuk melanjutkan studi dan membuat persiapan untuk hari esoknya.
Ibu dan Bapak Hasnil kami anggap seperti Ibu dan Bapak kami sendiri. Jauh di perantauan dan sedih juga kadang-kadang mengingat keluarga di kampong. Doa selalu kami panjatkan agar keluarga di kampong sabar menunggu kepulangan kami dengan segulung ijazah.
Itulah sekelumit kisah saya di rumah indekost kami di Jalan Flores No. 4, suatu pengalaman yang tidak dapat dilupakan.
Ismail Abdullah, Teras Jernang, 25 Ogos 2011.
**** bersambung di kisah akan datang ****
Blog ini dicipta khas bagi memuat kisah kisah yang dialami pelajar Malaysia ketika mula belajar di Indonesia. Paparan ini berdasarkan kepada pengalaman pribadi pengarang masing-masing dan tidak mencerminkan pendapat empunya blog atau Persatuan Alumni Pendidikan Tinggi Indonesia (PAPTI). Semua alumni digalakkan menulis pengalaman masing-masing untuk tatapan bersama dan dibukukan sebagai khazanah bangsa dalam Bahasa Melayu.
Thursday, 25 August 2011
UI Depok Sepanjang Perjalanan – Siri 3 – Samsul Kamil Osman
“Catatan Kenangan Buat Seorang Sahabat”
Alhamdulillah hari ini aku masih diberi kekuatan untuk meneruskan coretan, mengorek ingatan untuk dijadikan santapan buat pembaca yang budiman. Bersyukur kepada Allah s.w.t., yang masih member daya ingatan yang kuat untuk aku mencungkil kembali kenangan masa lampau bagi dijadikan bahan persembahan.
Dalam mengharungi liku-liku kehidupan untuk mengisi suatu perjalanan mencapai impian, cukup banyak sekali dugaan dan rintangan yang terpaksa dilalui. Tetapi dalam menghadapi semua liku-liku tersebut, kita masih boleh mengukirkan senyuman, kerana kita sebenarnya tidak sendirian. Kita masih didampingi oleh teman, sahabat @ juga rakan-rakan yang bertindak menjadi kekuatan…., kekuatan untuk mengharungi segala cabaran.
Bercerita mengenai sahabat @ teman, memang banyak hal yang tak terlepas untuk kita ungkapkan kembali sebagai kenangan. Apalagi buat orang seperti aku, yang pernah mengharungi hidup mencari ilmu di perantauan.
AHMAD AFENDI LUBIS (Almarhum), Beliau adalah teman yang menjadi pilihan. Pilihan untuk aku kongsikan kisah dan perjalanan hidup kami sepanjang bergelar mahasiswa Universitas Indonesia. Sebelumnya, terlebih dahulu kita sedekahkan al-fatihah, semoga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah s.w.t.
Andi panggilan mesra yang terbiasa kami gunakan. Seorang yang berperwatakan tegas, mempunyai prinsip diri yang jelas, sentiasa menampakkan raut wajah yang serius dan sangat ‘pelit’ melemparkan senyuman.
Andi Lubis, kali pertama bertemu dan berkenalan ketika mendaftar mata kuliah di Jurusan Sejarah FSUI, tepatnya pada hari pertama kami berkumpul melaporkan diri di Jurusan. Penampilannya serius dan cara pertuturannya yang tegas, cukup membuat aku rasa sukar untuk mendekatinya. Apalagi jika ingin berteman baik dengan beliau ketika itu. Sebab itu juga mengapa aku lebih memilih untuk mendekati anak-anak ‘cewek’ yang lebih mudah mesra dan sangat senang menghulurkan bantuan.
Tapi namanya anak rantau, sudahlah menumpang tempat mencari ilmu… Aku tetap harus berbaik dengan semua orang. Maka Andi tetap aku dekati, walaupun ketika itu, kami tak punya banyak keserasian untuk menjadi teman dekat.
Selain Andi, ada beberapa orang lagi teman ‘cowok’ yang masih dapat ku ingat nama mereka…Antaranya, Ifyani anak keturunan Jawa dari Perkalongan (mungkin saja sekarang sudah jadi pengusaha batik), Darma (Chiq) anak yang senang dengan Muzik Jazz, Adi Patrianto paling disenangi kerana cepat mesra, Adianto, Wanto, Edwar Mukti (Edo), Arieff, Hamid, Pongky (aku ingat kerana anak ini lucu penampilannya), Sony, Rudi (Almarhum), Irwan, Jaenal Abidin, Bart Lapian, Chandra, Mohd Zain, kami sama-sama dari Malaysia dan Mustafa Kamal ketua Angkatan Sejarah 89.
Dari sebaris nama yang disenaraikan, tetap saja kenangan mengenali dan kesempatan berpeluang bersama Andi sukar untuk aku lupakan. Kami memiliki pengalaman dan kenangan bersama, yang mungkin juga teman-teman yang lain tidak mengetahui dengan sepenuhnya.
Pada awalnya, aku tidak terlalu rapat mengenali Andi. Aku juga pada awalnya tidak menduga akan berkawan baik dengan beliau. Apalagi aku sebenarnya sukar untuk membaca sikapnya yang serius, terutama setiap kali kalau diajak bicara, atau juga ketika berdiskusi. Sikapnya yang suka mematahkan segala hujah-hujah kami setiap kali berdiskusi membuatkan aku tidak menyenanginya.
Andi punya kebiasaan suka mematahkan hujah teman-teman. Setiap kali kami diberi tugasan untuk membuat pembentangan dalam kuliah, Andi merupakan salah seorang mahasiswa yang paling ingin dihindar. Kalau Andi tidak masuk ketika membuat pembentangan, hati akan rasa tenang kerana tidak akan ada yang menentang hujah yang disampaikan. Tapi jika terlihat kelibat Andi di dalam ruangan, anak-anak yang diberi tugasan akan nampak gusar, apa lagi kalau mereka itu ‘cewek’, pasti sampai menangis akan Andi ‘kerjakan’. Bermacam-macam soalan diajukan, sehingga ada kalanya anak-anak menangis memikirkan jawapan.
Andi memang luar biasa, kalau berbicara tidak ada putusnya, ada saja hujah yang akan dibawa. Andi tidak pernah mahu kalah, setiap hujah kita akan segera dipatahkan. Mungkin saja kerana dia sangat petah berkata-kata, tegas berbicara, membuatkan kita mengaku kalah.
Kesenangan Andi adalah berhujah. Apa saja topic yang menjadi bahan bicara kita pasti akan beliau sanggah. Teman yang selalu menjadi lawan beliau berhujah tentu sekali Mustaffa Kamal ada kalanya juga Ifyani kerana topik mereka lebih kepada hal-hal yang ‘Islami’. Aku juga dapat rasakan, bila teman-teman membaca tulisanku ini mereka akan bersetuju dengan pendapatku yang satu ini.
Andi dan Kamal kalau bertemu, ibarat pepatah Melayu ‘seperti buku bertemu ruas’ , ada saja topik yang akan terus dibahas. Mustaffa Kamal seorang yang tenang, berhujah secara matang dan punya ketokohan menjadi pemimpin di masa mendatang. Dugaan aku ada benarnya, Mustaffa Kamal sekarang sudah sukses dalam kerjaya politiknya, menjadi pemimpin besar di Indonesia. Malah terakhir beliau telah diangkat menjadi Ketua Fraksi di Dewan Perwakil Rakyat (DPR) Republik Indonesia.
Andi pula seorang yang cepat mengeluarkan pendapat senang mematahkan hujan lawan. Pada suatu ketika bila aku lihat Andi dan Kamal berhujah, serasa tak akan ada yang bakal mengalah. Akhirnya masing-masing tetap mempertahankan prinsip yang dibawa, menjadikan forum tak pernah ada sudahnya. Besok bertemu semula dan hujah masih diteruskan…maka jadinya….hujah…, berhujah….dan terus berhujah…sehingga tak dapat pasti bila akan ada sudahnya…
Suatu hari Andi mendatangi aku di kost. Aku terkejut kerana tak pernah menyangka itu bakal terjadi. Lalu aku menjemput Andi masuk dan kami berbual tentang banyak hal. Walaupun ketika itu tidak ada topik khusus yang kami bicarakan. Aku sendiri tidak pasti, mengapa Andi memilih aku untuk didekati…., berkongsi cerita dan mencurahkan rasa hati. Aku sendiri sebelumnya tidak begitu dekat dengan beliau, berbanding dengan Kamal dan Ifyani atau saja Adi Patrianto yang lebih mudah aku dekati.
Waktu itu memang sulit untuk aku mengerti, asal penyebab Andi datang berkunjung. Dalam kunjungan itu aku sedikit sebanyak dapat memahami, mendekati dan mengenali Andi. Ternyata dalam sekeras-kerasnya beliau, masih tetap ada jiwa halus yang melembutkan hati. Andi tidak sepenuhnya seperti yang aku gambarkan sebelum ini. Andi juga insan biasa yang sangat menginginkan simpati.
Sejak kunjungan tersebut, Andi dan aku menjadi teman yang sangat dekat sekali. Banyak yang kami kongsikan bersama, terutama hal-hal yang berkaitan dengan perjalanan hidup. Tentu saja tak semua patut aku ceritakan di sini, tapi cukuplah aku katakan Andi menyimpan terlalu banyak rahasia, terutama yang berkaitan dengan keluarga, dan siapa sebenar dirinya. Apa yang kami kenal sebelumnya bukan cerminan dirinya yang sebenar, tapi itu Andi yang bertopeng-topeng untuk menutupi banyak persoalan diri yang tak mampu diungkapkannya sendiri.
Hari demi hari yang berlalu pergi….Andi sudah menjadikan kostku seperti kamarnya sendiri. Tapi itu aku tak pernah peduli. Untung saja kamar kost ku memang untuk diisi dua orang, Cuma aku saja yang mau duduk sendiri. Tapi pengalaman bersama Andi memang cukup istimewa. Masa banyak dihabiskan dengan membaca. Adakalanya aku tak dapat pastikan bila dia melelapkan mata. Setiap kali aku terjaga, Andi masih saja seperti sedia…, membaca dan terus membaca.
Itulah sebabnya aku meletakkan Andi sebagai insan yang istimewa. Membaca buku menjadi santapan hariannya. Baru aku mengerti mengapa Andi hebat berhujah, tentu saja pengetahuannya luas, bacaannya sungguh tak terbatas.
Masa berlalu begitu cepat dan pantas. Tiba masa kami harus berpisah, terutama setelah aku sudah di hujung musim-musim kuliah. Aku harus cepat-cepat menyelesaikan kuliahku kerana biasiswa yang ditawarkan terbatas waktunya. Aku dan Andi terpaksa akur kapada ketentuan waktu. Menjelang ujian skripsiku…aku harus melakukan penilitian lapangan untuk mencari bahan untuk dipersembahkan. Kebetulan kajian skripsiku menuntut untuk aku kembali ke Malaysia untuk meneruskan kajian lapangan. Maka aku dan Andi tak lagi dapat bersama seperti sebelumnya.
Tapi sebelum aku pulang untuk melakukan penelitian, Andi sempat berpesan;
“Sam, kau jangan lupa tuhan, tuhan banyak memberikan kepadamu kesenangan, tuhan banyak menyalurkan kepadamu kebahagiaan, tuhan telah menganugerahkan kepadamu kejayaan,” Pesan Andi yang masih aku ingat dan tak akan pernah aku lupakan.
“Sam, ini tafsir al-Quran, dulu memang aku selalu gunakan untuk dijadikan panduan, tapi sebagai menghargai sebuah persahabatan, kau simpan saja dan jadikan pendoman,” Pesan Andi ketika menghadiahkan sebuah tafsir al-Quran yang masih aku simpan sebagai kenangan.
Andi, sungguh tak ku duga kau pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya. Aku tak pernah tahu kau sedang bertarung nyawa melawan penyakit ketika kita bersama. Kau tak pernah menunjukkan tanda-tanda, membuatkan teman-teman merasa sangat kecewa. Aku hanya mendapat khabar permergianmu mengadap dari teman-teman saja. Sebagai teman setiamu, terasa sedih sekali kerana tidak dapat bersama, mengiringi jenazahmu ke persemadian terakhir. Aku hanya dapat khabar tentang pemergiaanmu setelah beberapa hari kau disemadikan. Sesungguhnya seperti aku tidak dapat mempercayainya…kerana sebentar rasanya kita tak jumpa saat itu. Tapi itu sudah menjadi ketentuan Allah, tidak ada sesiapa yang menolak atau menafikannya.
Andi, sesungguhnya kau adalah insan istimewa…., tidak ada sesiapa pun sebenarnya yang mengenalimu dengan pasti…., tidak ada sesiapa pun di antara kami yang dapat mengerti siapa kamu yang sebenarnya…., tidak juga ada teman-teman yang mengerti apa yang ingin kau titipkan melalui pesan-pesan yang kau tinggalkan….., tidak semua teman yang dapat memahami setiap bait ayat yang kau ucapkan …
Andi, meskipun kau telah lama pergi. Namun kenangan bersamamu tetap abadi di jiwa kami. Hadirmu pernah mengisi hari-hari kami, pemergianmu tak sempat kami tangisi. Tapi setelah kau pergi kehilanganmu amat sekali kami rasai.
Kepada teman-teman semua, setiap kali kita mengenang sahabat kita yang satu ini, marilah kita sedekahkan al-Fatihah buatnya. Bersama-sama kita panjatkan doa, semoga Allah mengampuni segala dosa-dosa dan mencucuri rahmat ke atas roh sahabat kita Almarhum Andi@Ahmad Afendi Lubis.
Semoga kau ditempatkan di sisi orang-orang yang beriman dan beramal soleh sahabatku Andi Lubis…..Amin
Salam kenangan dari kami semua….
Kau sentiasa abadi dalam ingatan kami…..
Samsul Kamil Osman, Teratak Shamida, 23 Ogos 2011
# Thanks buat tulisannya ttg Andi Lubis, ya!!!.. Andi Lubis itu sangat pintar.. too bad that he left us too soon... Terakhir dia ngobrol2 sama gw sekitar 2 minggu sebelum meninggal dan dia sudah sakit sekali, abis operasi begitu.. dia sudah merasa "tidak akan menyampai waktu graduation".. “Sudah merasa akan pergi kali”: - Aria Sari..

Kisah Anak Seni Di Jogja – Siri 9 – Siti Zainon Ismail
“Pameran Puncak Kerja Pelukis”
[Foto 1: Pameran dirasmikan oleh Senator Kamarul Ariffin , sekarang Tan Sri, 1972]
KERJA pelukis memang terus melukis. Kami harus memikirkan apa yang akan disampaikan lewat deria kepekaan seni yang sudah mengalir di jiwa. Kuliah Sejarah Seni turut memerikan gaya hidup seniman dunia. Pendekatan psikologi seni pula telah mengajar kami betapa peritnya untuk mencapai puncak. Pelukis Vincent van Gogh (1853-90) menderita kerana karya impresionisnya masih belum dapat dihayati massa. Bagai terdengar suaranya, " I use colour more arbitrarily so as to express myself more forcibly" (ungkapan ini kembali kutemui ketika berpeluang mengunjungi Muzium van Gogh di Amsterdam, 1986) . Jackson Pollock (1912-56) harus bersembunyi di stor lukisannya, menjadi agresif memercikan warna langsung dari tiub atau tin catnya sebelum muncul kolektor yang dapat mengkagumi karya abstrak ekspresionisme. Affandi sudah bertahun begitu teliti dengan melukis gaya realisme sebelum menemui gaya ekspresionisme justeru ketika beliau berada di London tahun 1950an. Puncak kerja itu semua melalui pameran bersama atau pameran solo di arena seni lukis. Inilah impian kami juga calon pelukis dari studio ASRI. Tidak semua berhasil memenuhi cita rasa dosen. Tetapi kami harus bangun berani menampilkan karya untuk pameran. Kerana semester akhir sebelum memasuki ruang viva untuk mempertahankan tesis, sebanyak 30 karya juga harus dipamerkan di ruang Aula.
[Foto 2 : Pameran bersama di Madiun, 1971]
Pada peringkat awal kami tidak akan melepaskan acara pameran bersama yang diatur oleh pihak ASRI sesuai dnegan acara tahunan seperti pameran sempena Hari Kartini, Hari Kemerdekaan. Begitu juga setiap anak negeri akan mengatur pameran berkelompok untuk mendekati masyarakat umum. Ini merupakan peluang bagiku untuk terlibat seperti pameran bersama di Sala Tiga dan Madiun. Selepas ujian semester 1972, aku berusaha pulang untuk menguruskan surat-surat rasmi meninggalnya Abah. Aku mendapat surat berdaftar dari Ketua Pengarah Bengkel Keretapi Tanah Melayu di Sentul. Surat mendadak itu sungguh mengejutkan, " Cik Zainon diminta pulang untuk membuktikan kamu anak kepada Ismail bin Talib" . Surat yang sungguh mengejutkan. Aku bukan anak Abah ke?
Sungguhlah wang punca rezeki. Wang juga punca pertelagahan keluarga. Entah angkara siapa wang gratiuity Abah menjadi rebutan. Adik-adik Abah turut menuntut wang tersebut hingga tergamak mengatakan Abahku, Ismail tidak meninggalkan waris. Surat tuntutan tiba di mahkamah tuntutan harta di Kuala Lumpur dan satu surat salinan tiba ke pejabat Abah. Kebetulan Ketua Pengarah Jabatan Bengkel KTM Sentul masih teringat, beliau pernah mengeluarkan surat sah sijil kelahiranku ketika akan berangkat ke Jogja. Beliau sendiri memberi cop rasmi pengesahan, dan masih ingat, pekerjanya mempunyai seorang anak yang sedang belajar di Indonesia. Aku pulang dengan surat dari mahkamah dan kami bertemu di ruang keramat itu. Kulihat wajah dua orang bapa saudaraku. Sungguh tega mereka mengaku abangnya tidak ada waris. Mahkamah bersidang untuk aku mengangkat sumpah, mengaku aku adalah puteri tunggal Ismail bin Talib.
[Foto 3 : Pameran bersama di Senisono, 1970]
Mataku berkunang-kunang melihat gelagat manusia yang ghairah terhadap wang pusaka. Tetapi aku simpati juga kepada mereka yang pasti terdesak dan berhak mendapat wang abang mereka. Dengan rela aku segera memberi dengan suka rela...mengambil hanya 50% wang tinggalan Abah. Biarlah 50% itu diserahkan kepada keluarga di kampung, kerana selama ini memang mereka menguruskan kebun pusaka nenekku. Aku melangkah pulang tanpa peduli wajah mereka yang terpinga-pinga kerana aku tidak menuntut balik kelakuan mereka yang sanggup menidakkan aku waris tunggal abang mereka. Aku pelukis dengan kerja mewarna kanvas. Mereka adalah pengguris, mengguris hatiku luka. Biarlah.
Tugas pelukis tiba-tiba datang dengan mengejut. Angkatan Pelukis Malaysia mengundang aku membuat pameran tunggal di British Council. Sekali ini duniaku semakin berwarna. Selama sebulan bercuti kugunakan untuk melukis dengan gembira. Hussein Enas, Syed Ahmad Jamal, telah datang melihat karyaku di pondok kecil kami di Batu 5 Jalan Gombak, gembira dengan lukisanku yang bergaya Ekspresionis warna meledak panas hasil karya seorang anak muda berusia 22 tahun. Tanpa sokongan APS, mungkin aku tidak akan menjadi seperti hari ini . Pameran ini dirasmikan oleh Senator Kamarul Ariffin. Maka sibuklah kawan-kawan persekolahan yang masih kuliah di UM, di ITM berdatangan dan mula percaya bahawa pelukis ada harapan di masa depan. Insyaallah.
Siti Zainon Ismail, 21 Ramadhan 1432 bersamaan dengan 21 Ogos 2011

Wednesday, 24 August 2011
UI Depok Sepanjang Perjalanan – Siri 2 – Samsul Kamil Osman
“Ramadhan di Tanah Seberang”
Alhamdulillah, hari ini Ramadhan telah melewati malam yang ke-25. Bermakna kita sudah berada di hujung musim. Hari-hari di mana malamnya kita semakin semarak mengerjakan ibadah untuk mendapatkan keberkatan dan keredhaan Allah s.w.t. Hari yang malamnya kita nantikan kedatangan ‘Lailatul Qadar’, agar kita menjadi insan yang dipilih mendapat petunjuk dan hidayah dari Allah s.w.t.
Ramadhan bulan ibadah, bulan yang penuh dengan hidayah dari Allah s.w.t, juga bulan yang mencatatkan banyak sejarah, sejak dari zaman Islam yang dibawa oleh Rasullullah sehingga zaman Islam menguasai seluruh bumi Allah, membawakan peristiwa memperkukuhkan ummah.
Catatan kisah kali ini ingin mengimbas kembali kenangan kali pertama menjalani ibadah puasa Ramadhan di Tanah Seberang, lebih tepatnya ketika berada di tahun pertama sebagai mahasiswa Universitas Indonesia di Depok, Jawa Barat. Tentu sekali tak semua pengalaman dapat diingat kembali untuk diceritakan secara terperinci, tapi rasanya cukup disisipkan beberapa peristiwa yang menjadi kenangan yang dapat dikongsikan untuk mengabadikan pengalaman.
Sebenarnya tidak dapat aku pastikan dengan tepat jatuhnya tanggal 1 Ramadhan ketika kali pertama menjalaninya. Tapi yang pasti, aku berpuasa untuk kali pertamanya di Depok, Jawa Barat pada tahun 1990. Ketika itu aku berada di semester ke-2, rasanya belum pun sampai setahun aku berada di Indonesia.
Ketika itu masih menjadi ingatan jika di tanah air, setiap kali menjelang 1 Ramadhan, Penyimpan Mohor Besar Majlis Raja-Raja Melayu akan membuat pengisytiharan dan pengumuman tarikh bermulanya puasa setelah mendapat keputusan melihat anak bulan. Tapi itu tak berlaku di sini, tak ada pengumuman seperti itu, tapi kami akan segera dapat mengetahui apabila aktiviti di masjid-masjid menjadi meriah sekali. Warga masyarakat begitu ghairah menyambut ketibaan Ramadhan, lebih meriah jika dibandingkan pesta menyambut ketibaan Syawal.
Pengalaman pertama menyambut ketibaan Ramadhan di sini ialah perbezaan tarikh berpuasa. Ada warga yang merupakan pengikut aliran ‘Muhammadiyah’ puasanya awal sehari, mengikut hari berpuasa sama seperti di Tanah Suci Mekah. Warga yang menjadi pengikut ‘Nahdatul Ulama (NU)’ pula berpuasa keesokkan harinya kerana berpandukan Rukyah dan Hisab Ulama Sufi, sama seperti kita di Malaysia.
Keadaan ini memang sudah menjadi hal yang biasa di sini, tetapi sesuatu yang baru bagi orang seperti kami. Apa tidaknya, susah nak memilih yang mana pasti, maklum saja ketika itu ilmu agamaku masih dangkal dan cetek sekali.
Tapi akhirnya aku memilih untuk berpuasa awal sehari, mengikut keluarga Pak Niin, keluarga angkatku di sini, pengikut ‘Muhammadiyah’. Tapi ada juga kalangan rakan-rakanku yang memilih jalan ‘selamat’ berpuasa lewat iaitu pada hari berikutnya. Tapi itu bukan pokok persoalannya, tapi bagiku yang penting kita ikhlas melaksana dan mengerjakan ibadah dan terus mencari keredhaan Allah.
Beberapa hari sebelum menjelang hari untuk berpuasa, tepatnya menjelang tibanya Ramadhan, suasana di Depok menjadi sangat meriah seperti bakal menyambut kedatangan hari yang sangat bersejarah. Mungkin saja sebabnya penduduk asal di sini hampir 99% beragama Islam, sama banyak dengan jumlahnya di kampong asalku di Malaysia. Setiap isi rumah begitu sibuk membuat persiapan kelengkapan, membersih dan mencuci halaman. Tidak cukup dengan itu warga kampong bergotong-royong membersihkan masjid dan sekitarnya termasuk tanah perkuburan turut menjadi tumpuan untuk dibersihkan.
Menurut Pak Niin, bapa angkatku, Ramadhan itu bulan ibadat, bulan yang sangat ditunggu-tunggu untuk mencari keredhaan Allah. Bulan di mana kita berpeluang untuk melipatgandakan amalan…, bulan di mana setiap amalan yang dikerjakan dibalas dengan berlipatkali ganda ganjaran pahalanya. Oleh itu ianya diraikan, kita berpesta mengerja dan melakukan ibadah siang dan malam…., berpesta mengumpul pahala…, kerana setiap amalan ada hitungannya, setiap amalan ada ganjaran pahala yang berganda.
Sehari sebelum berpuasa, setiap isi rumah mengadakan majlis kunjung mengunjung dari rumah-ke rumah. Setiap warga kampong mengadakan majlis bacaan Yasin dan Tahlil sebagai menyambut Ramadhan yang bakal datang esok hari. Sesudah membaca Yasin dan bertahlil, tetamu saling menghulurkan tangan bermaaf-maafan sambil tuan rumah menjamu pelbagai juadah. Kemudian jemaah bergerak ke rumah-rumah yang lain untuk memenuhi acara yang sama, sehinggalah selesai semua rumah dikunjungi. Suasana itu kalau di Malaysia hanya dilakukan pada 1 Syawal, ketika kita meraikan hari raya selepas sebulan berpuasa.
Sebelah petang menjelang Asar, sudah ramai yang berpusu-pusu ke Masjid, yang muda, yang tua, kaum ibu dan kaum bapa, tiada yang terkecuali mengimarahkan masjid bersolat berjamaah, kemudian dilanjutkan dengan tazkirah dan berselawat.
Menjelang waktu Maghrib, lebih ramai lagi jumlahnya yang berpusu-pusu ke masjid untuk berjamaah. Ahli jamaah berlipatkali ganda dari biasa, hingga didirikan tenda atau khemah kerana ruangan dalam masjid tak lagi mampu menampung jumlah jemaah yang begitu ramai.
Menjelang waktu Isya’, jemaah yang datang semakin bertambah. Lagak datangnya seperti ada acara besar yang akan berlangsung. Tua, Muda, kecil, besar, lelaki dan perempuan, semuanya tidak mahu melepaskan peluang untuk berebut membuat amalan, menuaikan solat berjamaah mencari keredhaan.
Selepas selesai melaksanakan solat Isya’ , jamaah dihidangkan dengan ‘kuliah tujuh minit’(Kultum). Kini giliran anak-anak muda diberi kesempatan untuk menampilkan ilmu dan bakat kepimpinan mmenyampaikan ilmu untuk dikongsikan. Ini juga satu cara untuk melatih golongan muda-mudi menjadi pemimpin yang bakal meneraju ummah di masa hadapan.
Selesai ‘Kultum’, solat Tarawih dan dilanjutkan dengan solat Witir berjamaah. Suasana masjid menjadi sangat meriah dan bercahaya kerana ramainya jamaah, mengerjakan ibadat dengan khusuk dan tawaduk.
Selesai bertarawih, dilanjutkan dengan tadarus al-Quran. Ibadah malam terus dilanjutkan sehingga ke pagi dengan pelbagai pengisian. Masjid menjadi tempat tumpuan terutama anak-anak muda yang ghairah mencari keberkatan.
Pengalaman bersahur, juga merupakan satu lagi yang menarik untuk dikongsikan.
Menjelang waktu bersahur ada saja di kalangan anak-anak muda dan penduduk kampong yang akan berjalan ke keliling kampong mengejutkan tetangga untuk bangun bersahur. Pelbagai cara yang dilakukan, ada yang mengetuk tong, kayu dan apa saja yang boleh menghasilkan bunyian. Di samping ketukan, mereka berteriak melaungkan ‘sahur…sahur…sahur…sahur..” tak henti-henti sehingga penghuni rumah bangun baru mereka pergi.
Pengalaman melalui dan mengalami situasi ini membuatkan suasana bangun sahur menjadi sangat meriah sekali. Tidak ada istilah ada di kalangan warga yang akan terlepas untuk bersahur, kerana ada saja yang secara sukarela akan mengejut dan membangunkan mereka.
Hari pertama puasa juga ada cabarannya. Di sini tidak seperti di Malaysia, menjelang hari berpuasa di tempat kita semua kedai makan tutup bagi menghormati umat Islam berpuasa. Tapi di Depok lain halnya, gerai-gerai makan tetap dibuka seperti biasa, sesiapa saja boleh bertandang untuk makan dan tak ada siapa yang akan mencegahnya. Apalagi kalau sudah di kampus, anak-anak mahasiswa yang tak berpuasa akan duduk makan dan minum di mana-mana sahaja. Warung dan kantin dibuka macam hari-hari biasa, kalau tak kuat iman ikut tergoda kita jadinya.
Tapi yang kuat pegangan iman dan agamanya. Tidak akan melepaskan hari dengan begitu saja. Mahasiswa berkumpul di mana-mana sahaja, baik di masjid, surau (musholah) atau saja di bilik kuliah. Aktiviti berdiskusi bedah buku tentang Islam, tafsir al-Quran dan apa saja aktiviti yang dapat mendekatkan diri dengan iman dan Islam dijadikan amalan dan pengisian. Sehingga perjalanan seharian jadi tak terasakan, puasa yang kerjakan tak terasa apa-apa, tahu-tahu saja dah sampai waktu berbuka.
Waktu menjelang berbuka tak ada yang istimewa. Di sini tak terdapat pasar Ramadhan yang menjual pelbagai juadah kuih muih dan beraneka jenis makanan untuk santapan waktu berbuka. Di sini tak seperti di Malaysia, menjadi meriah menjelang waktu berbuka. Keadaan di sini seperti hari-hari biasa, juadah berbuka ala kadar saja. Cukup nasi berlauk seperti biasa, kalau lain pun cuma ada korma buat juadah pembuka selera ketika berbuka.
Selepas berbuka suasana menjadi meriah semula. Berpusu-pusu semua warga menuju ke masjid untuk solat berjemaah dilaksana. Macam pesta suasana jadinya, rutin biasa mengisi ibadah malam, menggambarkan istimewanya bulan Ramadhan, penghulu segala bulan.
Itulah antara keistimewaan bulan Ramadhan di Tanah Seberang. Keinginan untuk beribadat sangat terasa sekali, hari-hari yang dilalui terasa tak mahu dilepas pergi…, mengejar ganjaran dan pahala yang dijanji….,mencari keredhaan dari Ilahi…, semoga segala amalan diterima dan mendapat keberkatan.
Selamat Menjalani Ibadah Puasa Ramadhan. Semoga segala amalan yang kita laksanakan akan diterima dan mendapat segala ganjaran seperti yang dijanjikan. Semoga Allah s.w.t memberkati segala yang telah kita laksana dan kerjakan.
Samsul Kamil Osman, Teratak Shamida, 24 Ogos 2011.

Kisah Anak Seni Di Jogja – Siri 8 – Siti Zainon Ismail
“Dari Sejarah ke Estetika Seni”
[Foto 1: Esei pertama ku terbit di majalah Dewan Sastera, 1973]
1.
KULIAH tahun dua, makin terasa cabarannya. Dosen Sejarah Seni Lukis Moden disampaikan oleh Pak Sudarso MA. Dosen lulusan luar negara ini memang segak dengan sedikit senyuman sinis. Kami selalu menghindari jelingan matanya dengan senyuman setiap kali beliau mengemukakan soalan kepada mahasiswanya. Ini kuliah wajib untuk semua jurusan. Bererti kuliah diadakan di Aula (Dewan Utama) yang turut diikuti juga mahasiswa tahun akhir terutama yang sedang membuat tesis ijazah sarjana untuk mendapat gelar Doktorandus (Drs, lelaki / Dra, perempuan). Buku teori dan sejarah seni lukis utama yang menjadi rujukan ialah hasil tulisan Sir Herbert Read . Beliau adalah tokoh yang kukagumi kerana selain pengkaji seni lukis dan pengkritik seni, beliau juga adalah penyair sekali gus pengkaji sastera Inggeris. Buku utamanya The Meaning of Arts (1931) dan Art Now (1933). Tetapi seksanya buku rujukan amat terbatas. Perpustakaan hanya mempunyai dua buah untuk satu judul. Bererti siapa cepat ke perpustakaan dialah yang akan menyambar buku tersebut. Barangkaki ini kelebihan ku kerana, kerap cepat mendapatkan buku tersebut. Ini kerana senarai buku rujukan sudah dicatat dalam data kuliah stensilan yang dijual oleh para dosen. Yang payahnya ialah untuk melihat ilustrasi lukisan yang tidak dapat diperbesarkan seperti tayangan slide. Teknik ini belum digunakan di kampus kami. Namun unik atau anehnya penjelasan dosen sejarah cukup menarik. Mereka begitu setia bercerita tentang karya sama ada dari sudut aliran, subjek lukis, termasuk susunan warna dan garis.
2.
Kuliah Sejarah Seni Lukis Moden tidak dapat mengalah subjek Estetika Seni bimbingan Pak Kadir MA dan subjek Seni Bina Tradisional Agung Dunia. Dalam kuliah Seni Bina, Pak Gun menekankan keagungan tamadun bangsa Indonesia tidak dapat dipisahkan dengan penjelmaan seni arca, seni bina, dan kesenian tekstil terutama ukiran dan batik. Di sinilah kami digalakkan membuat kerja bandingan dari sudut sejarah berlandaskan estetika seni , sebagai unsur penting melihat pemikiran pengkarya seni itu sendiri. Mungkin subjek seni tradisional ini merangsangku untuk membukti masyarakat Melayu Nusantara sudah lama bertamadun sebelum kuasa Eropah datang menjajah ke tanah nenek moyang Nusantara.
[Foto 2: Illustrasi, sketsa Kala Mukara, menghias pintu agung di candi Prembanan]
Mengikuti kuliah ini bererti kami wajib menyediakan kertas projek, sebagai memenuhi syarat lengkap untuk markah utama. Menyediakan kertas projek inilah yang paling kugemari. Setiap kertas yang telah disemak dosen dan dikembalikan akan ku sunting sesuai sebagai rencana dan segera ku hantar ke penerbitan Dewan Sastera. Inilah salah satu cara untuk aku mendapatkan wang perbelanjaan selama kuliah di ASRI.
Siti Zainon Ismail.

UI Depok Sepanjang Perjalanan – Siri 1 - Samsul Kamil Osman
“Memori”
Di langit kelihatan suram kerana dilingkari oleh gerombolan awan-awan hitam yang menutupi ruangan. Kesuraman juga dirasakan menyelubungi seluruh bumi yang menantikan adanya sinar cahaya suria yang akan dipancarkan melalui celahan awan. Tetapi sepertinya ada tanda-tanda kehampaan, bila suria yang diharapkan membawa sinarnya tidak dapat menghadirkan diri kerana dihalang oleh awan hitam yang menutupi langit. Sepertinya akan ada yang menangis nanti bila sinar suria tak akan menjelmakan diri seandainya awan hitam tidak mau berarak pergi. Pastinya akan ada yang bersedih, bila mentari yang ditunggu untuk menerangi hari tidak muncul seperti yang dinanti.
Akan pastinya nanti terdengar suara merintis kerana hajat tak dapat dipenuhi…Akan nanti ada yang menangis kerana yang ditunggu tidak datang memunculkan diri…. Akan ada yang bersedih kerana bunganya layu tak sempat menjadi penyeri di taman hati…. Akan ada juga nantinya yang menjadi penunggu, tapi semuanya seperti tak pernah pasti…. Akan ada juga nanti yang akan menyerah kalah, kerana kecewa tak pernah dipedulikan lagi.
Itulah antara bait-bait ayat yang cuba aku terjemahkan untuk menggambar kerinduanku kepada masa lalu yang telah aku tinggalkan. Itulah juga antara bait-bait ayat yang cuba aku lafazkan untuk menyatakan betapa aku sangat-sangat mengharapkan suatu masa nanti aku masih boleh bertemu kembali dengan insan-insan yang pernah bersama menempuh cabaran…., cabaran masa lalu yang penuh dangan ranjau dan dugaan.
Tetapi semua itu masih belum ada kepastiannya. Aku masih ragu-ragu apakah segala impian itu akan dapat ku tunaikan menjadi kenyataan. Aku masih keliru, apakah semua kenangan lalu itu masih segar dalam ingatan. Aku masih menunggu apakah teman-teman yang lain juga menginginkan satu pertemuan. Hatiku masih bertanya-tanya apakah perlunya satu pertemuan yang dapat merungkaikan segala kenangan…., apakah perlunya satu pertemuan yang dapat meleraikan kerinduan…. Apakah pertemuan itu perlu untuk menjadi titik penyelesaian…., penyelesaian kepada sebuah kerinduan…., pertemuan yang nantinya dapat merungkaikan segala persoalan yang sebelumnya tidak sempat diselesaikan.
Hati kecil ini masih saja ingin terus bercerita. Mengungkit masa lalu yang sudah tersimpan menjadi lipatan sejarah. Mencari cebisan kisah yang pernah mencuit rasa, menjadi memori terindah tapi mulai hilang dari ingatan kerana dimamah usia.
Aku tidak mampu menghapuskan rasa….., aku tak mampu untuk menolak seandainya akan ada rasa cinta…, aku tak mampu berkata tidak, jika ada hati yang akan terluka…., aku juga tak pasti apakah ada hati yang pernah kecewa…., tapi aku yakin masa lalu tak pernah berdusta…., masa lalu akan selalu membukakan mata…., masa lalu tak pernah menutup pintunya…..masa lalu sentiasa siap dengan segala macam cerita. Cuma kita saja yang harus pandai memilihnya, supaya masa lalu tak menyebabkan lahirnya rasa kecewa.
Masa lalu seharusnya menghadirkan rasa bahagia. Masa lalu seharusnya membuat kita melupakan sengketa….., masa lalu seharusnya menukarkan benci menjadi cinta…., duka menjadi bahagia…., menangis diganti ketawa…, gelita menjadi bercahaya…., hidup yang derita bertukar dengan segala nikmat hidup yang penuh bahagia…..
Nikmatilah masa lalu…..kerana masa lalu akan membuatkan kita merasa selalu ‘muda’….masa lalu akan membuatkan kita tak pernah akan ‘tua’, walaupun kita sudah mula dimamah usia….
Samsul Kamil Osman, Teratak Shamida, 24 Ogos 2011

Tuesday, 23 August 2011
Nostalgia Di Kampus Depok – Siri ke-8 – Nor Aizan Ab Halim
“Nyanyian Rohani 1”
Irfan, Irfan, Irfan....akhirnya menjadi satu nama yang membuat hatiku jadi berbunga-bunga di Jakarta. Menghidupkan semangatku yang telah hilang. Lebih senior dariku dan banyak membantuku dari segala segi. Baik budi bahasa dan tutur kata. Selalu mengingatkan aku tentang solatku, tingkahlakuku, menemani dan menghantarkan aku ketika praktikal.
Selain Irfan, kawan baikku Kumala Winengtyas atau nama manjanya Ineng, adalah orang yang sangat penting dalam hidupku di Jakarta. Kami selalu bertiga ke mana-mana.
Hari jumaat, seperti biasa kuliahku selesai jam 11 pagi. Aku, Irfan, Ineng, dan Wanlie, kawanku keturunan Cina Indonesia serta Anita anak Sunda Bogor yang cantik putih melepak, `baby face’, menuju ke balsem untuk makan. Aku dan Irfan makan nasgor ayam (nasi goreng ayam) dan es buah, Ineng makan mi ayam dan es jeruk, Anita dan Wanlie makan somay dan teh botol. Selera sekali kami menjamu selera. Makan di `balsem’ singkatan dari balik semak, warung makan murahan untuk mahasiswa. Sedap makanannya, walaupun tahap kebersihannya dicurigakan. Pada awal-awal proses penyesuaian, mudah kena sakit perut selepas makan di balsem ni, tapi lama kelamaan, alhamdulillah, perutku juga jadi kental seperti mereka.
Selesai makan, Ineng sudah dijemput supir, biasa, hujung minggu mereka akan berlibur ke Puncak, pusat peranginan yang nyaman seperti Cameron Highland atau Genting di Malaysia, jika tiada urusan lain. Biasanya aku ikut juga ke sana, tetapi hari ini aku menolak kerana banyak tugasanku yang belum selesai. Keluarga Ineng punya banglo persinggahan di Puncak.
Aku diajak oleh Wanlie dan Anita untuk bersama mereka menghadiri acara nyanyian koir mingguan. Setiap hari Jumaat, rakan-rakanku mengikuti acara ini, Cuma aku yang belum berkesempatan untuk ikut serta. Hari ini aku lapang, ingin juga aku ikut bersama.
“Benar kamu ikutan ni Nur?” Tanya Irfan minta kepastian. Aku mengangguk.
Kami berempat menuju ke bilik kuliah utama. Sudah ramai anak-anak berkumpul. Sepuluh minit kemudian, nyanyian koir dimulakan. Meremang bulu romaku mendengar nyanyian koir memuji nama Tuhan yang dinyanyikan kawan-kawanku. Meresap masuk ke hati dan nuraniku setiap bait kata memuji nama Tuhan yang dinyanyikan oleh rakan-rakanku dengan melodi yang sungguh indah, syahdu dan bertenaga. Aku hanya mendengar dan menghayati lagu tersebut kerana aku tidak tahu liriknya. Walaupun ada ungkapan-ungkapan yang tidak aku fahami dalam nyanyian tersebut, aku terus menghayatinya dan terasa segar jiwaku selesai mereka menyanyikan lagu itu.
Selesai nyanyian, Irfan menarik tanganku keluar, walaupun acara belum selesai, “Yuk keluar Nur, aku harus buru-buru ada yang mahu kuberesin di kantor,” jelas Irfan. Irfan terpaksa mengurus perusahaan bapanya sambil kuliah. Perusahaan garmen diterajui kakak perempuannya Fitri. Dia hanya membantu, katanya.
Aku hanya mengikut, walaupun sebenarnya aku ingin sekali mengikuti acara tadi sampai habis. “Boleh nggak minggu depan kita ikut acara tadi sampai tuntas?” Pintaku. Irfan mengangguk sambil berkata, “ok, kalau lagi free, nggak janji deh.” Irfan senyum padaku, “ikutku ke kantor mau nggak?” Ajak Irfan. Aku mengikut saja kerana kebetulan rasa malas nak balik ke bilik waktu-waktu macam ni, mesti masih sepi. Lagipun, dapat bersama Irfan rasa sangat `happy’ hilang segala masalah dan permasalahan dalam hidup. Sikapnya yang selalu tenang, pertuturan yang tersusun, berhati-hati, selalu senyum dan sangat melindungi menampakkan kematangannya, walaupun usianya sebaya denganku.
Sudah beberapa kali aku ke kantor Irfan yang terletak di Manggarai. Irfan memang berpotensi sebagai `bos’ yang baik. Semua stafnya nampak mesra dan menghormati keberadaan Irfan di perusahaan itu. Aku pun menumpang sekaki, rasa dihargai dan dihormati oleh para karyawannya.
Melihat aku termenung dan tersenyum-senyum sendiri di sofa dalam ruang kerjanya, Irfan menegurku, “lagi senyum sama siapa kamu Nur, mau solat Zohor ngak....?” Tanya Irfan, mengejutkan aku dari lamunanku.
Aku mengangguk tanda mahu, tanpa menjelaskan angan-anganku tadi, “di mana?”
Tanyaku kerana sebelum ini aku tidak pernah solat di kantor Irfan.”Di ruangan solat, ada mukenanya di sana,” jawabnya. Aku mengekori Irfan. Teringat Irfan tidak solat Jumaat, aku terus bertanya, “Kamu nggak solat Jumat ya Fan?” Irfan hanya tersengih. “Darurat,” jawabnya selamba, sambil berlalu pergi.
Aku terus menunaikan solatku. Aku berehat sebentar di ruangan solat sambil menunggu tibanya waktu Asar. Aku terlena seketika, kemudiannya terjaga dan terus solat Asar. Selesai solat jam sudah menunjukkan pukul setengah enam. “Mau pulang sekarang?” Tanya Irfan. Aku mengangguk setelah menyedari jam sudah menunjukkan hari hampir senja. “Makan dulu ya...?” Irfan mengajakku. Aku mengangguk lagi tanda setuju, malas nak bercakap, lesu mungkin kerana tertidur sekejap tadi..
Aku ke kamar Mbak Fitri, kakak sulung Irfan yang mengurus perusahaan PT Indah Garmen, milik bapa dan ibu mereka.
“Mbak Fitri, aku pulang dulu ya...” Aku minta diri untuk pulang dari Mbak Fitri setelah pintunya kuketuk dan daun pintu kubuka. “Ok say...,” jawab Mbak Fitri sambil bangun menuju ke pintu untuk bersalam dan mencium pipiku. Say bermaksud singkatan dari kata sayang. “Kapan-kapan main ke sini lagi ya Nur...,” katanya. “Insyallah Mbak,” janjiku kepada Mbak Fitri yang cantik dan baik sekali orangnya.
Irfan mahu menghantarku pulang. Sebelum itu, kami singgah makan di Warung Nasi Padang. Seperti biasa aku makan kari ayam gaya padang, daging dendeng, lalapan dan minum es jeruk. Irfan makan menu yang sama denganku. Aku singgah solat maghrib di masjid Pasar Minggu.
Tiba-tiba aku teringat yang aku belum ada bahan artikel untuk dihantar ke tabloidku di Kuala Lumpur. “Irfan, kamu free nggak malam ini?” Pantas aku bertanya Irfan. “Ia, free, kenapa, mau ke mana?” Balas Irfan, seolah-olah sudah dapat mencium kemahuanku.
“Ermm....Temanin gue, boleh?” Pintaku.
“Mau ke mana lagi nona manis, udah malam begini...?” Irfan minta kepastian tujuanku.
Aku menjelaskan mengenai hajatku untuk menulis artikel mengenai pelacuran di Jakarta. Aku mahu fokus kepada golongan `banci’, `mak nyah’ atau `bencong’ yang akan menawarkan khidmatnya lewat malam di sekitar Jakarta. Irfan bersetuju membawaku ke beberapa lokasi yang dikunjungi golongan ini di Jakarta, seperti sekitar Monas (Monumen Nasional), Pantai Ancol dan Taman Lawang kalau tak silap aku. Selain itu di gang-gang berhampiran hotel juga banyak golongan ini mencari rezeki mereka, selain untuk berhibur.
Rupa mereka yang sangat cantik macam ratu cantik dengan kulit putih melepak dan gebu macam telur dikupas, sangat berpotensi untuk menarik minat golongan yang lebih cenderung kepada kelainan. Mereka tidak tertarik kepada `cowok’ atau lelaki yang datang bersama perempuan atau `cewek’, mungkin susah untuk digoda agaknya, hehe.
Dengan ditemani Irfan aku cuba mendekati dan mewawancara mereka untuk mengenali mereka dengan lebih mendalam. Pada mulanya mereka menolak, bimbang dipublisitikan agaknya. Setelah berjanji gambar mereka akan dipaparkan tanpa menunjukkan muka yang jelas mereka bersetuju, apa lagi setelah ditawarkan sedikit imbalan, tanda terima kasih untuk kerjasama dan masa mereka yang terbuang ketika bersama kami.
Setelah rasa puas dengan bahan-bahan yang kukumpul malam itu, sudah mencukupi untuk penulisanku, kami sepakat untuk pulang. Jam sudah menunjukkan pukul dua pagi. Irfan juga sudah kelihatan kuyu kepenatan. Perut pula rasa lapar. Kami singgah `ngopi’ untuk hilangkan mengantuk. Kami juga memesan sate kambing di warung berhampiran Sarinah. Sate mereka berbeza sedikit dengan sate di Malaysia kerana bumbu atau perencah tidak diperapkan terlebih dulu. Ia diletakkan ketika sate hendak dibakar. Kadar penyerapan bumbu kurang terasa berbanding sate yang biasa mak masak dan jual di restoran kami. Sate mak sangat digemari oleh semua kaum terutama kaum cina. Mereka akan datang berkumpulan dan sanggup makan sehingga beratus-ratus ringgit. Ahh...rindunya sate dan masakan mak.
Sampai ke rumahku, jam sudah menunjukkan pukul tiga setengah pagi. Kesian Irfan, entah pukul berapa dia sampai ke rumah di Pondok Indah agaknya. Sanggup dia melakukan apa saja untuk aku. Aku mandi. Solat Isyak kemuadian tertidur kepenatan, melupakan Irfan untuk seketika.
Nor Aizan Ab. Halim, Bandar Baru Bangi, 23 Ogos 2011 (23 Ramadan 1432)

Subscribe to:
Posts (Atom)